ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Proton X50 warna hitam ini sedang uji apa ye?

Foto Intip

Views

Kelibat sebuah unit Proton X50 berwarna hitam tanpa sebarang pelitup penyamaran telah berjaya dirakam oleh salah seorang rakan pembaca portal ini bernama Azli Lee pada Jumaat lalu.

Menurutnya, Proton X50 dengan plat perdagangan ‘B2290A‘ ini berjaya dirakam semasa sedang berhenti untuk solat Jumaat di Kundang, Rawang.

Azli berkata, unit yang diuji ini menggunakan ‘rim standard’ dan juga ‘tanpa kit badan’ berwarna merah seperti model Proton X50 Sport Edition yang kini dipamerkan di  Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Tidak dipastikan apa yang sedang diuji pada model ‘X50 hitam’ ini dan ada kemungkinan ia menguji beberapa ciri baharu yang ditambahbaik untuk model faceliftnya nanti.

Sebelum ini, unit ujian model facelift X50 yang lengkap dengan pelitup penyamaran berjaya dirakam semasa menjalani ujian jalan raya di bandar raya Kuala Lumpur.

Unit pemanduan sebelah kiri (LHD) yang masih menggunakan model asal Geely Binyue Cool itu turut memperlihatkan imbasan bahagian papan pemuka rekaan serba baharu dengan panel meter digital dan unit inforia yang bersambung.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Rona kemasan dalaman unit ujian itu juga sudah siap sedia menggunakan warna hitam dengan kemasan perak kusam pada beberapa bahagian.

Rekaan luarannya masih sarat dengan pelitup penyamaran yang tebal, namun masih dapat dilihat wajah baharunya yang masih lagi mengekalkanversi asal Binyue Cool dengan rekaan lampu hadapan jenis LED yang lebih nipis, jeriji dan bampar rekaan baharu termasuk lampu siang LED yang disusun secara menegak.

Kami akan cuba menghubungi ejen perisik Mat Bond untuk mendapatkan sedikit info berkenaan dengan penemuan terbaharu ini, nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Azli Lee

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply