ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Ujian Proton X50 masih diteruskan

Berita Tempatan

Views

Kelibat unit ujian model SUV kompak yang paling dinanti-nanti oleh para peminat setia Proton, X50 berjaya di temui di Plaza Tol Lebuhraya Guthrie tengah hari tadi. Foto-foto unit yang masih sarat dengan celoreng penyamaran ini berjaya dirakam oleh lensa kamera warganet bernama WK Chan dan ia telah dikongsikan ke laman Facebook group Malaysia X70 Community (MYX70COM).

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

Unit yang sedang diuji ini masih menggunakan varian Sport dari Geely Bin Yue (SX11) berpandukan kepada empat corong ekzos yang berada di bahagian diffuser bamparnya. Tidak dapat dipastikan ke mana destinasi Bin Yue pemanduan kanan ini dan kekerapan model tersebut dikesan tahun depan pasti lebih tinggi.

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

Menurut laporan terdahulu, Proton bakal melancarkan SUV kompak ini pada separuh kedua 2020 selepas X70 pemasangan tempatan (CKD) dilancarkan sekitar suku pertama tahun yang sama. X50 dijangka ditawarkan dalam 3 pilihan varian, iaitu:

  • Varian Standard – 1.5 liter Drive E + 7-kelajuan dwi-klac (DCT)
  • Varian Executive – 1.5 liter Drive E + 7-kelajuan dwi-klac (DCT)
  • Varian Premium/Sport (dengan bumbung suria) – 1.5 liter Drive E + 7-kelajuan dwi-klac (DCT)

Menurut maklumat risikan sebelum ini, besar kemungkinan X50 varian Standard akan dijual pada harga bermula dari RM70K++ , diikuti varian Executive dari RM78K++ dan varian Premium/Sport RM90K++.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply