ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton serah X70 kepada kerajaan Pakistan

Berita Global

Views

Semalam Proton telah menyerahkan sebuah X70 secara rasmi kepada kerajaan Pakistan yang telah dihadiahkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Pakistan, Tuan Yang Terutama Encik Imran Khan sewaktu sambutan Hari Resolusi pada Mac tahun ini.

Ia telah disampaikan oleh wakil Malaysia, Tuan Yang Terutama Encik Ikram Mohammad Ibrahim, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan serta En. Khalid Yusof, Pengarah Pelaburan dan Promosi Proton kepada wakil Pakistan, Encik Abdul Razak Dawood, Penasihat Perdana Menteri bagi Perdagangan, Tekstil, Industri & Pengeluaran dan Pelaburan Pakistan.

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

Majlis turut dihadiri oleh Encik Al-Haj Shah Jee Gul Afridi, Pengerusi ALHAJ Automotive iaitu pengedar rasmi Proton di Pakistan. Unit pertama yang dikhaskan untuk Encik Imran Khan, itu bukanlah satu-satunya model yang akan berada di Pakistan kerana ia bakal dipasang secara CKD di negara tersebut. Kilang CKD yang akan dimiliki dan dikendalikan oleh ALHAJ Automotive itu kini sedang dalam pembinaan di Greenfield yang terletak di Karachi.

Pengeluaran model ini dijadualkan bermula pada tahun 2021 dengan pelbagai pelan dirancang secara teratur untuk pemasangan beberapa model di negara ini. Melalui pembinaan kilang pemasangan di Pakistan dengan kerjasama ALHAJ Automotive, Proton berharap dapat kelebihan pengurangan cukai bagi kenderaan CKD di negara tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

Ini akan membantu mereka dalam mencapai matlamat jangka panjangnya untuk menjual 400,000 unit kereta menjelang 2027. Kilang pemasangan CKD baharu di Karachi akan dibina dengan pelaburan awal sebanyak USD30 juta dan akan mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan langsung dalam tempoh tiga tahun pertama operasinya.

Dianggarkan pula akan terdapat lebih 20,000 peluang pekerjaan tidak langsung setelah kilang tersebut siap dibina. SUV yang dilancarkan pada 12 Disember 2018 kini telah mula dieksport ke Brunei dan setakat ini di Malaysia sebanyak lebih 26,000 unit telah diserahkan kepada pemiliknya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply