ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Vietnam mungkin tak merasa Toyota Vios generasi baharu (D92A), cuma dapat versi facelift jer

Foto Intip

Views

Selepas Thailand, Laos dan Indonesia, Toyota Vios generasi baharu (D92A) mungkin akan tiba ke Malaysia tahun ini, namun ia mungkin tidak akan berlaku di Vietnam.

Menurut portal permotoran Otosaigon.com, negara tersebut ‘tidak bernasib baik’ dan hanya akan menerima versi facelift dari model semasa sahaja. Ini berdasarkan beberapa foto intip Vios facelift yang tular di media sosial.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Jika berpandukan kepada foto intip yang ada, Vios facelift versi Vietnam ini mengalami beberapa perubahan kosmetik luaran, terutama reka bentuk lampu hadapan baharu, jeriji dan bampar hadapan.

Sebahagian besar reka bentuk keseluruhan Vios edisi semasa masih lagi kekal, seperti lampu belakang LED dan menggunakan rim aloi dengan saiz yang sama seperti versi 2022.

Tiada imej dalaman yang berjaya dirakam dan besar kemungkinan ia masih lagi kekal. Cuma, Toyota Vietnam mungkin akan menambah beberapa ciri baharu untuk menarik pelanggan selepas tidak membawa Vios generasi baharu.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Tiada imej dalaman Toyota Vios 2023, tetapi ada kemungkinan tiada perubahan reka bentuk. Mungkin Toyota Vietnam akan menambah ciri baharu untuk mengekalkan pelanggan selepas tidak membawa semula Vios generasi baharu.

Buat masa ini, Toyota Vietnam masih belum mengumumkan sebarang maklumat berkenaan Vios facelift. Langkah Toyota Vietnam yang hanya melancarkan versi facelift Vios adalah untuk memfokuskan sumber pada model lain.

Mereka mungkin akan lebih fokus kepada pelancaran Toyota Innova Zenix, atau pengedaran semula model trak pikap Hilux dan Wigo (kembar Perodua Axia) dengan piawaian Euro 5.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Otosaigon.com

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply