ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isu kenyataan kontroversi – Dr. Mohd Yusof mohon maaf

Berita Tempatan

Views

Susulan artikel kami semalam berhubung dengan isu kenyataan yang melabelkan pekerjaan penghantar makanan bermotosikal dan pemandu e-seru sebagai ‘tidak bermaruah’, pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari telah membuat permohonan maaf kepada pihak yang tersinggung dengan kenyataan yang dikeluarkannya itu.

Menurut laporan Harian Metro, Mohd Yusof berkata, beliau tiada niat sama sekali untuk memperkecil atau mempersendakan mana-mana pihak sebaliknya kenyataan itu sekadar pandangan supaya kerajaan mengangkat martabat dan maruah pekerja di Malaysia dengan menyediakan peluang pekerjaan bersesuaian mengikut kelulusan graduan.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Beliau memohon maaf sekiranya percakapannya semasa sesi temu bual itu mengundang persepsi negatif dan menggambarkan seolah-olah saya menghina maruah pemandu e-seru dan penghantar makanan (rider). Tambahnya, beliau juga ingin menegaskan bahawa segala pandangan yang saya utarakan adalah pendapat peribadinya dan tidak mewakili mana-mana pertubuhan atau organisasi.

Beliau turut mengambil iktibar daripada kejadian tersebut dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang. Selain itu, beliau berharap agar kenyataan ini dapat menghentikan tohmahan dan buli siber yang sedang dilakukan kepadanya. Menurut Mohd Yusof, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas individu serta pihak tidak bertanggungjawab yang menjadi pencetus kekeliruan, salah faham dan fitnah terhadapnya.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Katanya lagi, beliau percaya dakwaan bahawa dirinya merendahkan maruah pemandu e-seru dan penghantar makanan adalah lanjutan daripada tindakan individu tidak bertanggungjawab yang memanipulasi kenyataan tersebut. Individu terbabit hanya menyebarkan sebahagian klip temu bual berkenaan dan bukannya keseluruhan jawapannya dalam sesi wawancara itu di media sosial (Twitter, Facebook dan Instagram) serta beberapa blog lain.

Tambahnya lagi, tindakan yang tidak bertanggungjawab ini sudah mengundang salah faham dan kecaman yang keterlaluan tanpa menilai keseluruhan isi kandungan temu bual berkenaan. Kini, beliau dalam proses mengambil tindakan undang-undang ke atas individu serta pihak terbabit. Terdahulu, tular di laman sosial mengenai video sesi wawancara bersama Mohd Yusof yang diundang sebagai seorang ahli panel dalam rancangan yang disiarkan secara langsung di saluran TV3.

Menerusi satu soal jawab, Mohd Yusof diminta memberi pandangan mengenai kerjaya penghantar makanan yang semakin menjadi ‘trend’ dalam kalangan belia. Namun, kenyataannya yang seolah-olah memperlekehkan pekerjaan itu dengan mengatakan ia tidak bermaruah mencetuskan kontroversi dan mengundang kemarahan warganet. Rata-rata warganet, termasuk komuniti penghantar makanan menuntut pensyarah berkenaan memohon maaf secara terbuka selepas mengeluarkan kenyataan berkenaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply