ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isu tular enjin Bezza rosak angkara benda asing seperti ‘gula’, ini kenyataan rasmi dari Perodua

Berita Tempatan

Views

Perodua menerusi satu hantaran terbaharu di akaun Facebook rasminya malam ini mengeluarkan satu kenyataan rasmi oleh Ketua Pegawai Operasi Perodua Sales Sdn Bhd, Encik JH Rozman Jaafar berhubung ‘isu Bezza‘ yang sedang tular.

Merujuk kepada aduan yang diterima daripada pelanggan mereka mengenai kereta Bezza yang baru dibeli, Perodua ingin memaklumkan bahawa pihaknya sudah berkomunikasi dengan pelanggan terbabit sejak Oktober tahun lalu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sejak itu, Perodua telah mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan isu terbabit termasuklah dengan menawarkan kereta sementara untuk digunakan serta menawarkan pilihan untuk membeli semula kereta berkenaan.

Perodua juga telah memberi jaminan kepada pelanggan berkenaan untuk mengutamakan kes beliau dan pihaknya juga ingin menepis dakwaan bahawa tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak syarikat untuk menyelesaikan isu ini.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Siasatan menyeluruh berhubung isu ini sedang dijalankan dan pihak Perodua akan berkongsi maklumat lanjut mengenainya selepas ia selesai.

Perodua memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul dan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Perodua dan Nagakanni Subramaniam

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply