ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jalan Batang Kali-Genting Highlands dilebarkan, akan dibuka semula bulan depan

Berita Tempatan

Views

Jalan Batang Kali-Genting Highlands yang ditutup akibat bencana tanah runtuh di Batang Kali akan dilebarkan dan dibuka semula pada awal atau pertengahan bulan depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata perkara itu diputuskan hasil perjumpaannya dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, semalam.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Beliau berkata, pembukaan jalan itu dijangka mampu membantu seramai 4,000 hingga 5,000 penduduk di Batang Kali, Hulu Selangor, terutamanya bagi mereka yang bekerja di Genting Highlands.

Kata beliau, pihaknya akan lebarkan kawasan di sebelah kiri atau kanan Jalan Batang Kali-Genting Highlands, bagi membolehkan penduduk di Batang Kali melalui jalan tersebut.

Namun, ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan. Kawasan itu sudah ditambak dengan batu dan dipadatkan, pihaknya juga akan aturkan pasukan keselamatan untuk mengawal laluan berkenaan.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) di tapak Stadium Shah Alam, hari ini.

Mengenai inisiatif RiDE, beliau berkata, sebanyak RM2 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi inisiatif itu, yang memanfaatkan 3,000 penghantar makanan.

Katanya, mereka menerima wang tunai sebanyak RM500 dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM50. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply