ARKIB

KATEGORI

Buletin

Petronas sumbang 30k liter diesel, 10k liter petrol bagi tugas menyelamat dan aktiviti pembersihan pascabanjir

Views

Petronas menerusi Petronas Dagangan Bhd (PDB) menyalurkan sumbangan sebanyak 30,000 liter minyak diesel dan 10,000 liter petrol untuk kegunaan tugas menyelamat dan aktiviti pembersihan pascabanjir di Pantai Timur.

Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, M Ahmad Shazly Ramli, berkata sumbangan itu diagihkan menerusi perkhidmatan pengisian bahan api mudah alih melalui kenderaan minyak bergerak (ROVR).

Beliau berkata, Petronas turut menzahirkan terima kasih kepada pihak berkuasa dan berharap sumbangan bahan api berkenaan dapat membantu serta melancarkan usaha agensi berkaitan dalam usaha menyelamat mangsa banjir sejak musibah itu melanda.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Petronas juga ingin berterima kasih atas komitmen yang diberikan oleh pihak berkuasa dalam usaha menyelamat mangsa-mangsa banjir. Sumbangan bahan api itu diharapkan mampu membantu melancarkan usaha yang dijalankan oleh agensi terbabit.

Selain bahan api, Petronas turut menyalurkan sumbangan kelengkapan asas kepada 4,950 mangsa banjir di Pantai Timur termasuk dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Program Sentuhan Kasih Disaster Relief (SKDR) 2022.

M Ahmad Shazly berkata, sumbangan berkenaan adalah sebahagian daripada komitmen Petronas membantu mangsa banjir bernilai RM25 juta seperti yang diumumkan pada Disember 2021.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Katanya, bantuan itu merangkumi sumbangan terdahulu kepada agensi penyelamat banjir di 14 negeri di seluruh negara berupa 36 bot, 8,800 khemah, 5,500 unit jaket keselamatan dan 55,000 helai baju hujan.

Selain itu, pada awal 2022 Yayasan Petronas turut membantu penduduk di kawasan berisiko tinggi di Pekan, Pahang dan Tumpat, Kelantan melakukan persiapan yang lebih sistematik menghadapi banjir melalui Program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM).

Petronas sentiasa prihatin terhadap nasib yang menimpa mangsa banjir yang terjejas. Pihaknya berharap sumbangan ini mampu memberi manfaat kepada seisi keluarga yang terjejas dengan musibah itu. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit PETRONAS

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply