ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jambatan Bailey di Felda Selancar akan dibina selepas kerja pengukuhan tebing

Berita Tempatan

Views

Pemasangan jambatan Bailey di jalan utama ke Felda Selancar, Rompin, Pahang sepanjang 42.67 meter akan dimulakan serta-merta selepas kerja pengukuhan tebing dilaksanakan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi catatan di Facebooknya hari ini, berkata kerja pengukuhan tebing penting untuk memastikan struktur jambatan Bailey yang dipasang kelak adalah teguh dan selamat kepada pengguna.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Beliau memahami keresahan dialami penduduk Felda Selancar yang hanya mampu menunggu dengan sabar untuk jalan utama mereka dihubungkan semula dengan pembinaan jambatan Bailey sebagai laluan sementara sebelum kerja pembaikan jalan terputus akibat musibah banjir tersebut dilaksanakan.

Pada 1 Mac lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pembinaan jambatan Bailey di jalan utama Felda Selancar yang runtuh akibat limpahan air deras ekoran hujan lebat.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Sementara itu, Nanta turut menggesa semua pihak yang terbabit dalam usaha kerja tambakan dan pemasangan jambatan berkenaan supaya sentiasa berhati-hati.

Tambah beliau lagi, keselamatan semua pihak yang terbabit termasuk pengguna menjadi keutamaan Kementerian Kerja Raya (KKR). – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Alexander Nanta Linggi

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply