ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sultan Johor kerah tiga ‘air boat’ bantu operasi banjir

Berita Tempatan

Views

Tiga aset milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar iaitu ‘air boat’ berkuasa tinggi digerakkan bagi membantu operasi menyelamat dan memindahkan mangsa-mangsa banjir.

Sultan Ibrahim berkenan aset milik baginda itu digunakan bagi tujuan berkenaan berikutan banjir melanda beberapa daerah di negeri ini.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

‘Air boat’ berkenaan digunakan bagi tujuan penghantaraan bekalan makanan ke penempatan Orang Asli yang terputus hubungan.

Ia dikemudi Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar yang kemudian membawa bekalan makanan ke Kampung Orang Asli Pucur di Kahang.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Tunku Abu Bakar mengemudi bot berkenaan selama hampir 40 minit menyusuri Sungai Kahang, dalam keadaan hujan lebat sebelum menyampaikan bantuan bekalan makanan kepada mangsa banjir.

Setakat pukul 4 petang tadi, jumlah mangsa meningkat kepada 39,476 orang daripada 11,463 keluarga berbanding 37,258 orang daripada 10,792 keluarga pada pukul 12 tengah hari.

Kesemua mangsa ditempatkan di 247 pusat pemindahan sementara (PPS) di semua daerah kecuali, Kulai. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply