ARKIB

KATEGORI

Buletin

Touch ‘n Go eWallet, eDompet rasmi Liga Malaysia 2023

Berita Tempatan

Views

Kumpulan Touch ‘n Go, melalui TNG Digital Sdn Bhd (TNG Digital), pemilik dan pengendali Touch ‘n Go eWallet, kini menjadi eDompet rasmi untuk Malaysian Football League (MFL) 2023.

Touch ‘n Go eWallet juga akan menaja liga musim 2023 bagi Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA, Piala MFL, MFL Challenge Cup dan Piala Malaysia.

Peminat bola sepak di Malaysia boleh membeli tiket di laman sesawang www.tickethotline.com.my dengan membayar melalui Touch ‘n Go eWallet untuk mendapat pulangan tunai sebanyak RM5, bagi pembelian minimum sebanyak RM50.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Promosi khas ini berlangsung bermula dari sekarang sehingga 31 Mac 2023. Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh membeli tiket dan barangan MFL eksklusif secara terus melalui applikasi eWallet.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn. Bhd, Alan Ni, pihaknya berbangga menjadi eDompet pilihan pencinta bola sepak untuk mendapatkan tiket perlawanan serta membeli makanan dan barangan lain di stadium.

Tambah beliau, kerjasama dengan MFL akan bersifat jangka panjang dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MFL kerana memilih Touch ‘n Go eWallet sebagai eDompet rasmi mereka.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, pihaknya amat mengalu-alukan kedatangan Touch ‘n Go eWallet untuk bersama MFL bagi menyemarakkan lagi saingan Liga Malaysia musim ini.

Ujarnya, ini satu kolobrasi yang sangat baik kerana ia memberikan satu dimensi baharu dalam penajaan Liga Malaysia yang kini bergerak ke arah satu perubahan demi kemajuaan semua kelab-kelab yang bertanding.

Para penyokong juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti berkaitan bola sepak dan memenangi pelbagai hadiah yang akan dihebahkan melalui media sosial, tidak lama lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply