ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

SIC tidak lagi bersama SRT bermula musim depan

Sukan Permotoran

Views

Tanda tanya mengenai sama ada Sepang Racing Team (SRT) masih berada di bawah naungan Litar Antarbangsa Sepang (SIC) susulan pengunduran Petronas selaku penaja utama pasukan terjawab apabila ia dirungkai Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif, sebentar tadi

Berita Harian melaporkan, Azhan Shafriman atau lebih mesra disapa Shaf berkata, SIC selepas ini tidak akan lagi bersama SRT dan pasukan yang beraksi di Kejuaraan Motosikal Dunia itu bakal bergerak secara persendirian bermula musim depan.

Kata beliau, pihaknya sudah bersetuju untuk Datuk Razlan (Prinsipal Pasukan SRT) membawa pasukan di MotoGP secara persendirian. Ini bermakna pasukan (SRT) akan bergerak berasingan daripada SIC, jadi SIC tidak ada pasukan di MotoGP pada tahun depan.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Minggu lalu, PETRONAS mengumumkan pengunduran daripada menjadi penaja utama SRT sejak mula menjalinkan kerjasama pada 2018 dalam saingan Moto2 dan Moto3.

Kerjasama erat itu kemudian berkembang dengan menyaksikan mereka melebarkan sayap penyertaan dalam kelas perdana MotoGP menerusi PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (PETRONAS Yamaha SRT) pada 2019.

Mengulas lanjut, Azhan Shafriman turut memaklumkan terdapat kemungkinan yang SRT perlu membuat proses penjenamaan semula nama pasukan selepas ini namun ia terpulang kepada Razlan sendiri.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Jelasnya, mungkin akan ada juga proses penjenamaan semula pasukan selepas ini tetapi itu masih lagi dalam perbincangan kerana masih belum ada kata putus daripada SIC dan SRT.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan SIC bakal kembali tampil dengan pasukan baharu di Kejuaraan Dunia MotoGP dalam tempoh lima tahun akan datang. Tambah Azhan Shafriman, pihaknya mahu memberi tumpuan kepada pembangunan akar umbi terlebih dahulu.

Pihaknya mahu melahirkan lebih banyak bakat daripada Kejohanan MiniGP dan CEV supaya mereka bersedia ke Kejuaraan Dunia. Pada pandangan peribadinya, meskipun masih jauh jika dibandingkan bakat Malaysia dan Eropah, bakat tempatan masih kompetitif dan pihaknya akan terus membangunkan bakat untuk berdaya saing.

Beliau berharap akan ada lebih banyak kolaborasi dengan pihak lain supaya mereka dapat mewujudkan lebih banyak bakat dan tidak mustahil pasukan Malaysia akan ke Kejuaraan Dunia lagi sebagai pencabar utama pada masa akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply