ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan Toyota Raize dan Daihatsu Rocky e-Smart hibrid dihentikan, ‘kantoi’ tak buat ujian perlanggaran sisi bahagian pemandu

Berita Global

Views

Satu lagi ‘isu panas‘ timbul yang melibatkan ujian perlanggaran dan kali ini ia melibatkan dua model SUV, iaitu Toyota Raize dan Daihatsu Rocky varian e-Smart hibrid.

Sebelum ini, Daihatsu Motor Co. mengakui ada ‘ketidakaturan prosedur‘ ujian membabitkan empat model termasuklah Perodua Axia baharu, selepas mengeluarkan kenyataan media pada 28 April lalu.

Menurut laporan, kes terbaharu adalah berkaitan dengan pensijilan UN-R135, melibatkan ujian impak perlanggaran tiang pada bahagian sisi pada model Rocky dan Raize varian hibrid yang dijual di Jepun.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Dalam sesi tersebut, ujian di kedua-dua bahagian sisi kiri dan juga kanan perlu dibuat, dan segala data ujian perlu diserahkan.

Apa yang berlaku, ujian bahagian sisi penumpang dilakukan dengan betul tetapi tidak ujian bahagian pemandu. Daihatsu dikatakan hanya menghantar data ujian bahagian sisi penumpang dan bukannya bahagian pemandu.

Ini menyebabkan sebanyak 78,440 unit kenderaan terkesan yang merangkumi 22,329 unit Rocky dan 56,111 unit Raize hibrid.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Walaubagaimanapun, Perodua Ativa hibrid yang diimport (CBU) dari Jepun tidak disebut dalam kenyataan media itu manakala satu lagi kembarnya yang berlencana Subaru iaitu Rex, turut tiada dalam senarai.

Ini kerana ia hanya ditawarkan dalam versi enjin 1.2 liter aspirasi alami (NA) sahaja. Jualan model Raize dan Rocky digantung buat sementara waktu pada ketika ini.

Ini bagi membolehkan Daihatsu dan Toyota mengambil tindakan yang sewajarnya dan akan mengumumkan perkembangan mutakhir dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply