ARKIB

KATEGORI

Buletin

Langgan EV secara mingguan atau bulanan menerusi GoCar Subs Electric, dari RM120 sehari

Berita Tempatan

Views

GoCar Malaysia, telah menambah beberapa model kereta elektrik (EV) ke dalam rangkaian GoCar Subs Electric, bersama pilihan pelan langganan secara mingguan dan bulanan.

Penambahan rangkaian model EV dan pelan langganan dalam jangka masa lebih pendek bertujuan memudahkan dan menjadikannya lebih mampu milik buat pelanggan di Malaysia.

Rangkaian model dalam GoCar Subs Electric kini terdiri daripada Nissan Leaf, Renault Zoe baharu, Hyundai Kona EV, Hyundai Ioniq 5, Ora Good Cat, MINI Electric dan Tesla Model Y.

Kadar langganan bermula RM120 sehari untuk pelan bulanan dan RM171 sehari bagi pelan mingguan. Kadar dikira berdasarkan yuran langganan masing-masing dan Penepian Kerosakan Perlanggaran (CDW) mandatori.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun, dengan pilihan langganan mingguan dan bulanan baharu, pihaknya ingin mengajak lebih ramai orang untuk ‘Experience Electric‘ bersama GoCar Subs.

Kadar langganan mingguan dan bulanan GoCar Subs Electric adalah seperti berikut:

ModelsKadar 7 hari (RM)*Kadar 30 hari (RM)*
YuranCDWYuranCDW
Nissan Leaf1,0801203,240360
Renault Zoe R110 Baharu1,3501504,050450
GWM Ora Good Cat 400 Pro1,3001604,800480
Hyundai Kona Plus1,4401604,320480
Electric Mini1,7101905,130570
Hyundai Ioniq 51,9802205,940660
Tesla Model Y4,50050013,5001,500

* Deposit sekuriti diperlukan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Bagaimana untuk menempah GoCar Subs Electric?

Daftar satu akaun GoCar Subs menerusi aplikasi mudah alih GoCar atau laman sesawang GoCar Subs dan pilih model yang diminati.

Kenderaan akan disediakan dalam tempoh 14 hari (bergantung kepada kebolehdapatan) sebaik sahaja bayaran dibuat yang merangkumi sekali yuran langganan dan deposit sekuriti yang akan dipulangkan semula.

Program GoCar Subs Electric kini ditawarkan di Lembah Klang untuk semua model. Bagi memudahkan urusan pengecasan, semua model EV GoCar Subs disertakan dengan kad chargEV.

Kad percuma chargEV menawarkan akses percuma kepada semua pengecas AC, kecuali di Starbucks dan BMW. ChargEV mempunyai rangkaian lebih 300 stesen pengecasan di seluruh negara.

Untuk melihat semua pilihan EV yang ditawarkan, layari GoCar Subs Electric garage.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply