ARKIB

KATEGORI

Buletin

ORA GOOD CAT kini dengan pilihan warna ‘Hijau Pistachio’, untuk varian 500 Ultra sahaja

Berita Tempatan

Views

Great Wall Motor (GWM) hari ini memperkenalkan ORA GOOD CAT dengan pilihan warna Hijau Pistachio bersempena siri jerayawara mereka di pusat beli-belah Sunway Velocity.

Tambah menarik, 20 unit telah pun berjaya dijual pada hari pertama pengenalannya. Warna terbaharu ini hanya ditawarkan untuk varian 500 Ultra.

Penawaran terbaharu ini menampilkan warna luaran Hijau Pistachio, manakala dalamannya pula berkonsepkan dwitona iaitu hijau-kuning air.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Tempat duduknya didatangkan bersama perehat tangan yang ditengah-tengahnya terdapat corak ‘tapak kaki kucing’ yang comel, bolong pengdingin hawa berwarna oren terang, serta stereng kombinasi Hijau Pistachio dan kuning air.

Selain itu, tempat duduk hadapan dan belakang dihiasi dengan corak ‘Houndstooth‘, manakala kusyen luar direka dengan hiasan jejalur halus oren terang.

Menurut Pengarah Urusan GWM Malaysia, Mike Cui, warna Hijau Pistachio menambah sentuhan yang ceria dan menawan pada ORA GOOD CAT, selain menjadi daya penarik.

Pihak GWM turut memberikan hadiah kepada seorang pelanggan yang telah membuat tempahan semasa acara tersebut.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Model ini dikuasakan oleh motor elektrik pada gandar hadapan, dengan pacuan roda hadapan dan bateri litium ternari 63.1 kWj. Rangkaian kuasa ini menjana 143 PS dan 210 Nm daya kilas.

Ia mampu memecut dengan kelajuan maksimum 152 km/j di samping menawarkan julat pemanduan 500 kilometer untuk sekali cas penuh.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan enam beg udara, kawalan kelajuan boleh ubah, kamera
panoramik 360 darjah, kawalan kestabilan dan sistem bantuan pemanduan lanjutan.

Ciri-ciri keselamatan lain termasuklah kawalan jelajah automatik, amaran perlanggaran dan brek kecemasan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply