ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jumlah jualan Perodua bulan Jun melonjak hampir tiga kali ganda berbanding Mei

Berita Tempatan

Views

Pengecualian cukai jualan yang diumumkan kerajaan pada 5hb Jun bagi merangsang jualan kenderaan di sebalik pandemik COVID-19 telah berjaya melonjakkan jualan Perodua pada Jun 2020. Untuk bulan lalu sahaja, Perodua telah menjual kira-kira 21,250 unit kenderaan sekali gus menjadi jualan bulanan tertinggi setakat tahun ini dan hampir tiga kali ganda jualan bulan Mei.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, disebabkan pengecualian cukai jualan, pembeli boleh menikmati harga kenderaan yang lebih rendah antara 3 peratus hingga 6 peratus sehingga akhir tahun ini.

JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital

Tambah beliau, untuk Jun sahaja pihaknya telah membelanjakan hampir RM500 juta untuk membeli komponen tempatan. Kata beliau lagi, pihaknya kini sedang bertungkus-lumus untuk memastikan para pelanggan dapat menerima kenderaan mereka secepat mungkin tanpa berkompromi dengan keselamatan dan kualiti.

Perodua berjaya menjual 8,601 kenderaan pada Mac sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa pada 18hb, membawa kepada penutupan operasinya selama dua bulan. Perodua kembali beroperasi secara rasmi di seluruh negara pada 19hb Mei dan berjaya menjual 7,886 kenderaan sebelum akhir bulan tersebut.

JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

Datuk Zainal turut memaklumkan, waktu operasi pusat servis dan hab Badan & Cat (B&P) terpilih di seluruh negara telah pun dilanjutkan. Selain itu, jualan Perodua setakat tahun ini (YTD) kini berjumlah sekitar 74,000 unit.

Ujar beliau, pihaknya amat bersyukur kerana berjaya bangkit kembali hanya dalam masa kurang dari dua bulan dan komited untuk membantu industri serta ekosistem termasuk mengekalkan pekerjaan supaya kita semua dapat menempuhi fasa yang mencabar pada ketika ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply