ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kantoi bawa bunga api dan mercun seludup naik Proton Saga, pasangan suami isteri ditahan

Berita Tempatan

Views

Tindakan sepasang suami isteri membawa bunga api dan pelbagai jenis mercun bernilai RM17,660 membawa padah apabila mereka ditahan pihak polis dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang, di Pasir Mas, jam 10 malam tadi.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata ketika kejadian anggota bertugas membuat rondaan sebelum terserempak sebuah kereta Proton Saga berwarna merah dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak menahan kenderaan berkenaan.

Katanya, selepas memperkenalkan diri sebagai pihak berkuasa, anggota kemudian membuat pemeriksaaan di dalam kereta sebelum menemui sejumlah bungkusan yang mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api di bahagian tempat duduk penumpang serta but kereta.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Hasil siasatan terhadap pasangan suami isteri berusia 38 dan 42 tahun ini, mendapati mereka tidak mempunyai lesen untuk membawa barangan berkenaan. Kesemua mercun serta bunga api dipercayai dibawa seludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

Anggota kemudian menahan pasangan suami isteri terbabit, manakala kereta, mercun serta bunga api dirampas untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas. Tambah beliau, kes disiasat dibawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan Kakisan 1957.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply