ARKIB

KATEGORI

Tular

Tak sempat sebulan pakai, Axia rosak teruk angkara lembu berkeliaran!

Tular

Views

Kita acap kali mendengar kes-kes kemalangan yang melibatkan lembu berkeliaran atas jalan. Yang terkini, menerusi satu hantaran dari pemilik akaun Facebook bernama Shazmie Nadziri, situasi tersebut berlaku kepada adiknya sendiri, malam tadi.

Katanya, angkara si penternak lembu yang tak reti ‘menjaga’ dan ‘mengurung’nya di dalam kandang, kereta Perodua Axia milik adik perempuannya menjadi mangsa akibat terlanggar haiwan ternakan itu yang berkeliaran di atas jalan pada waktu malam.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Kejadian berlaku di sekitar PASDEC Damansara, Kuantan. Agak menyedihkan, tidak sampai sebulan adik perempuannya mendapat Axia tersebut untuk berulang-alik ke tempat kerja.

Ditambah pula adiknya bekerja bertungkus-lumus untuk membayar kereta tersebut dan disebabkan kejadian itu, adiknya menjadi ‘lemah semangat’ dan takut.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Shazmie yang berang dengan kejadian itu, mahu ‘mencari’ tuan lembu tersebut dan ingin ‘menuntut ganti rugi’. Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah mendapat 333 komen dan lebih 60 perkongsian.

Semoga dipermudahkan urusan mereka dan kami ucapkan takziah atas apa yang telah berlaku. Diharapkan kejadian seumpama ini tidak lagi berulang pada masa akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Shazmie Nadziri

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply