Sebuah kapal selam nuklear seberat 3,000 tan dari zaman kegemilangan Kesatuan Soviet dibawa ‘berarak’ ke sekitar jalan-jalan utama di bandar Russia.
KOSMO! ONLINE melaporkan, kapal selam gergasi model K-3 Leninsky Komsomol yang dibina pada 1957 itu merupakan kapal selam nuklear pertama negara komunis berkenaan.
Kapal sepanjang 107 meter yang digelar ‘The Whale’ atau paus itu diangkut melalui jalan darat yang sibuk sebelum tiba di muzium di Kronstadt berhampiran Saint Petersburg.
Pada tahun 1962, kapal itu menjadi kapal selam pertama Kesatuan Soviet yang sampai ke kawasan dasar Kutub Utara, empat tahun selepas USS Nautilus milik tentera Amerika Syarikat (AS) melakukan misi sama.
Kapten Lev Zhiltsov pernah dianugerahkan gelaran ‘Wira Kesatuan Soviet‘ ketika mengetuai misi berkenaan. Ketika kemuncak Perang Dingin, kapal selam tersebut pernah ditugaskan untuk mengintip kapal selam peluru berpandu balistik AS.
Pada tahun 1967, berlaku kebakaran dalam sistem hidraulik semasa mengemudi Laut Norway menyebabkan 39 anak kapal terbunuh.
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
Kapal selam itu telah dibaiki dan digunakan semula selama 30 tahun sehingga 1988 sebelum dipindahkan ke Nerpa pada 2005.
Kapal selam tersebut akan ditempatkan di muzium di Kronstadt dan akan dijadikan bahan pameran sejarah untuk tatapan umum selepas siap diubahsuai tahun depan.
Ketika Russia dan Ukraine dilanda peperangan, kapal selam itu seakan memberi peringatan tentang bahaya ancaman nuklear yang pernah berlaku di abad lalu.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
KOMEN TERKINI