ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kapsul tidur bakal bina di R&R lebuh raya PLUS tahun depan

Berita Tempatan

Views

Astro Awani melaporkan, Plus Malaysia Berhad (PLUS) bercadang membina kapsul tidur bagi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan berehat dan melepaskan penat, terutama sekali pemandu kenderaan berat. Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata cadangan itu kini pada peringkat kajian dan projek perintisnya dijangka bakal direalisasikan tahun hadapan.

Manurutnya, kapsul tidur yang juga dipanggil ‘time capsule’ ini akan memberi peluang kepada pemandu terutamanya pemandu kenderaan berat untuk mereka ‘lelap seketika’ pada waktu malam sebelum meneruskan pemanduan.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

PLUS berharap langkah ini nanti dapat mengurangkan keletihan dalam kalangan pemandu kenderaan berat dan sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan akibat mengantuk dan kepenatan. Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika menerima kunjungan daripada delegasi pertubuhan berita itu di Persada PLUS hari ini.

Dahulu PLUS pernah membuka hotel di sepanjang lebuh raya tetapi terpaksa menutupnya kerana tidak mendapat sambutan kerana mendapati pemandu mahukan tempat tidur hanya untuk ‘lelap seketika’ dan tidak memerlukan hotel seharian.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Sementara itu, mengenai kunjungan hari ini, Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang berkata lawatan seumpama itu dapat memperkukuhkan hubungan serta kolaborasi media antara PLUS dan agensi berita berkenaan.

Beliau berkata, Bernama boleh menjadi medium penghubung antara PLUS dan orang ramai dalam menyampaikan maklumat terkini sama ada mengenai pengoperasian PLUS, aliran trafik, keselamatan jalan raya dan maklumat kemalangan.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply