ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kembar Perodua D66B, Toyota Yaris Cross bakal dilancar ke pasaran Indonesia Jun 2023?

Berita Global

Views

Seperti yang kita sedia maklum, tahun depan merupakan tahun yang agak sibuk bagi Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) kerana mereka dijangka memperkenalkan dua model baharu iaitu Axia serba baharu (D74A) dan model SUV kompak dengan namakod D66B.

Menurut portal permotoran di Indonesia, otodriver.com, kembar kepada Axia (D74A), iaitu Daihatsu Ayla/Toyota Agya bakal dilancarkan di sana pada bulan Mac 2023, manakala kembar D66B iaitu Toyota Yaris Cross akan tiba selang tiga bulan kemudian, iaitu pada Jun 2023.

Sumber otodriver.com yang enggan didedahkan identitinya itu berkata, Yaris Cross akan dihasilkan di Indonesia dan akan mula dieksport ke negara lain bermula pada September 2023.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Difahamkan model ini berkongsi enjin yang sama dengan trio MPV tujuh-tempat duduk iaitu Toyota Veloz/AvanzaDaihatsu Xenia dan juga Alza generasi baharu.

Enjin 2NR-VE 1.5 liter ini akan dipadankan bersama pilihan transmisi manual atau CVT dengan pacuan roda hadapan (FWD).

Ada desas-desus mengatakan, model Yaris Cross ini bakal menggantikan Rush di negara tersebut dan bakal mempunyai versi tujuh-tempat duduk.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Sementara itu di Malaysia, Perodua telah pun mendaftarkan tanda dagang bagi nama Nexis dan Traz di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi kegunaan model baharu mereka itu nanti.

Bakal pesaing terkuat kepada Proton X50 ini bakal dijana dengan enjin Dual VVT-i 1.5L untuk varian asas dan pilihan trenkuasa hibrid untuk varian andalan.

Model ini dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) untuk segmen-B (DNGA-B). Menurut jangkaan, D66B akan tiba pada suku ketiga atau keempat 2023 dan Perodua kini sedang rancak membangunkannya bersama-sama dengan Toyota.

Kami akan cuba mendapatkan bantuan perisik Mat Bond untuk ‘mengorek’ informasi terkini mengenainya dalam masa yang terdekat. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan, kredit Idiyaz Baharuddin

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply