Nama pereka muda berbakat yang juga sahabat penulis, Idiyaz Baharuddin tidak perlu kami diperkenalkan lagi. Kebanyakan hasil karyanya dalam bentuk 3 Dimensi (3D) yang pernah dipaparkan di sini, lazimnya akan menjadi tular di media-media sosial.
Kali ini, Idiyaz tampil dengan rekaan bayangan untuk bakal model SUV kompak Perodua yang dijangka membuat kemunculan pada tahun hadapan (2023), yang diberi nama Nexis.
Sebenarnya, nama Nexis dan juga Traz telah pun didaftarkan oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi kegunaan model baharu mereka itu nanti.
Pada ketika ini, model SUV kompak Perodua yang menggunakan namakod D66B masih lagi dalam fasa pembangunan. Model ini dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) untuk segmen-B (DNGA-B).
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
Desas-desus sebelum ini mengatakan yang model tersebut akan berasaskan Toyota Yaris Cross versi negara membangun dan bukanlah model yang sama dijual di pasaran negara maju seperti di Jepun mahupun di Eropah.
Pelantar DNGA-B juga telah menjadi asas kepada model sedan Yaris ATIV di Thailand, atau Vios 2023 di Laos. Selain, itu pelantar ini turut dikongsi oleh model MPV tujuh-tempat duduk Toyota Veloz/Avanza, Daihatsu Xenia dan juga Alza generasi baharu.
Dalam artikel terdahulu, ejen perisik Mat Bond pernah berkata yang model ini dijangka menjadi pesaing terkuat kepada Proton X50.
Untuk versi Perodua, SUV dengan namakod D66B itu bakal dijana dengan enjin Dual VVT-i 1.5L untuk varian asas dan pilihan trenkuasa hibrid untuk varian andalan.
Berbalik kepada Perodua Nexis (D66B) versi Idiyaz, menurutnya Yaris Cross telah dijadikan panduan sebagai asas rekaannya. Beberapa perubahan telah dibuat pada reka bentuk hadapan dan belakang, termasuk garis bahu di belakang.
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
Reka bentuk lampu kelihatan seperti berbentuk bujur dan bersambung dengan palang krom pada bahagian atas jeriji yang memegang logo Perodua di tengah-tengah. Rekaan jerijinya tidaklah terlalu besar dan pada bahagian dalamnya dihiasi dengan corak berbentuk sarang lebah dengan kemasan hitam berkilat.
Bamparnya pula masih mengekalkan DNA rekaan “X” Perodua pada model semasa dan jika anda perasan ia menggabungkan elemen rekaan bampar Aruz, Alza generasi baharu dan juga Ativa.
Rekaan bahagian sisi tidak banyak berbeza dengan Yaris Cross tetapi dengan tambahan pelapik pada pintu dan juga penginjak dengan emblem Nexis.
Di belakang, ia masih mirip Yaris Cross, cuma rekaan jejalur lampu LED yang bersambung dan turut memegang logo Perodua, yang merupakan kesinambungan rekaan dari bahagian depan. Selain itu, rekaan bampar juga berbeza dengan kehadiran diffuser yang kemas yang turut menempatkan sepasang pemantul cahaya.
Jujur penulis katakan, rekaan Perodua Nexis (D66B) versi Idiyaz memang ‘mengancam’ dan ‘cukup rasa’ sebagai sebuah SUV kompak yang ranggi dan juga bergaya! Apa pula pandangan anda?
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Idiyaz Baharuddin
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
KOMEN TERKINI