ARKIB

KATEGORI

Buletin

Hasrat beli Myvi baharu tak kesampaian, jurujual rugi RM100k ditipu sindiket Macau Scam

Berita Tempatan

Views

Hasrat jurujual membeli kereta baharu hasil pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak kesampaian selepas diperdaya sindiket Macau Scam, yang menyebabkannya kerugian RM100,000.

Ng Yaw Jin, 58, berkata, dia mengeluarkan wang KWSP berjumlah RM60,000 untuk membeli Perodua Myvi secara tunai, namun wang itu tersimpan di akaun banknya disebabkan proses tempahan mengambil masa lama.

Namun dia tidak menyangka akan menjadi mangsa sindiket penipuan sehingga duit simpanannya termasuk duit untuk membeli kereta itu lesap sekelip mata.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Dia berkata demikian pada sidang media di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu, di Kuantan, hari ini. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Chan Chun Kuang.

Menceritakan kejadian itu, Ng berkata, kejadian bermula 21 Disember lalu selepas dia menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pulau Pinang.

Katanya, suspek memaklumkan namanya telah dikaitkan dengan sindiket pengedaran dadah serta semua wang simpanan akan dibekukan, malah memberitahu boleh membantu menyelesaikan masalah itu.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Ng kemudian diminta berhubung dengan dua individu lain yang mengaku pegawai tinggi polis dan pegawai di Bank Negara.

Disebabkan panik, katanya, dia hanya mengikut semua arahan suspek termasuk menyerahkan maklumat akaun serta nombor pengesahan transaksi (TAC), serta memindahkan wang ke akaun yang bukan miliknya.

Katanya, dia hanya sedar diperdaya selepas wang dalam akaunnya hilang pada 29 Disember lalu dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply