Bekas juara Shawn Lee dan Tengku Djan Ley mencatatkan keputusan yang memberangsangkan setelah kembali beraksi dalam musim ketiga Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival dan Toyota Vios Challenge yang kini sedang berlangsung hangat di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu.
Pengalaman di sepanjang musim kedua dalam saingan kelompok pelumba amatur kategori Sporting tahun lalu, menjadikan Shawn dan pelakon Shukri Yahaya begitu dominan dua aksi perlumbaan selebriti dalam kategori Promotional. Sementara itu, Tengku Djan yang kembali berlumba pada musim ini berjaya mencatatkan kedudukan kedua dalam kategori pelumba profesional, Super Sporting.
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
“Raja drift” Malaysia ini merupakan bekas juara dalam kategori yang sama pada musim pertama. Perlumbaan kali ini menyaksikan para perlumba bersaing sengit di litar yang dibina khas sepanjang 1.65km. Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival dan Toyota Vios Challenge merupakan siri perlumbaan jalanan yang utama di Malaysia.
Pelbagai aktiviti turut diadakan khusus peminat sukan permotoran di Kuala Terengganu, antaranya ialah pameran dan sesi pandu uji kenderaan baharu Toyota, persembahan drift oleh pemandu Jepun yang dibawakan oleh Toyo Tires, cabaran perlumbaan simulator, permainan pentas dan persembahan oleh selebriti, aktiviti promosi, cabutan bertuah, jualan cenderahati serta sesi tandatangan peminat untuk memberi peluang kepada pengunjung mendekati barisan pelumba selebriti yang terlibat.
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji
Berikut adalah keputusan penuh hari pertama Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival dan Toyota Vios Challenge:
Kategori Promotional
Shawn Lee
Shukri Yahaya
Diana Danielle
Khai Bahar
Nabila Razali
Kategori Sporting
Kenneth Koh Panglima City Racing
Clement Yeo Distinctive Model
Dato’ Ken Foo Kulim Topwheels
Hayden Haikal S&D Motorsports
Wong Chin Eeg Hiewa Racing Team
Kategori Super Sporting
Mark Darwin Laser Motor Racing
Tengku Djan Ley 23 Motors
Brendon Lim Tedco Racing
Kenny Lee Kegani Racing
Freddie Ang Telagamas Toyota
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin
JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari
JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital
JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!
KOMEN TERKINI