ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Unit ujian Proton X70 CKD dikesan di dua lokasi berbeza

Foto Intipan

Views

Proton nampaknya semakin rancak menguji versi pemasangan tempatan (CKD) SUV pertama mereka X70 dan semalam kelibat unit ujiannya dikesan di dua lokasi berbeza. Foto-foto yang kami perolehi dari laman Facebook peminat kereta, Live Car Breathe Car ini telah dikesan oleh dua pengikut laman tersebut, Wei Liang dan Andra Febrian.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang

Menurut Wei Liang, sebuah unit ujian X70 CKD berwarna putih telah dikesan sekitar Lebuhraya Persekutuan, manakala Andra Febrian berjaya mengesan dua buah lagi X70 CKD di Genting Highlands. Salah satu daripada unit ujian itu hanya ditutupi dengan sedikit celoreng penyamaran terutama pada bahagian yang berlogo Proton.

Kita dapat melihat sedikit bahagian dalaman unit ujian tersebut yang masih mengekalkan rekaan sedia ada, namun logo pada stereng dan pada bahagian tingkap telah ditutup. Sebelum ini, ada sumber mengatakan sedikit perubahan dibuat pada logo di stereng yang kelihatan lebih timbul berbanding sedia ada. Logo Geely yang ada pada bahagian tingkap pula akan ditukar dengan logo Proton.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

Sebenarnya kami masih samar mengenai apa yang akan diubah pada versi CKD X70, namun kami menjangkakan lebih banyak komponen tempatan akan digunakan. Selain itu talaan pengendalian juga bakal mendapat sentuhan Proton Ride & Handling dan kami turut difahamkan ada beberapa varian yang dilengkapi dengan “power boot

Kami jangkakan fasa awal pra pengeluaran sudah pun bermula kerana model ini akan diperkenalkan secara rasmi pada bulan November nanti. Besar kemungkinan X70 CKD bakal ditawarkan dengan satu lagi pilihan enjin, 1.5 Drive E turbo yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan dwi-klac (7 DCT).

Nantikan perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin
JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari
JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital
JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply