Pada tahun 2013, bos besar Tesla Elon Musk membuat kejutan dengan mengumumkan beliau telah membeli kapal selam Lotus Esprit yang pernah digunakan dalam filem James Bond pada 1977 berjudul The Spy Who Loved Me. Tahukah anda sebenarnya rekaan model ini telah menjadi sumber inspirasinya untuk menghasilkan Cybertruck yang telah mencetuskan kontroversi dalam dunia permotoran.
Menurut CNBC, mereka telah menemui informasi yang menarik mengenai prop filem tersebut dan kisahnya sebelum ia menjadi milik Musk. Pada tahun 1989, satu pasangan dari Long Island, New York telah menghadiri satu jualan lelong di mana mereka hanya membayar 100 Dolar (RM417 juta) untuk satu unit simpanan yang tidak dituntut. Namun mereka mahupun penjual tersebut langsung tidak mengetahui apakah sebenarnya barangan tersebut.
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
Menariknya, di dalam unit simpanan tersebut ada sebuah Lotus Esprit 1976 yang digunakan dalam filem The Spy Who Loved Me. Mereka akhirnya berjaya membawanya pulang ke rumah bahan arkib Hollywood ini dengan hanya membayar 100 Dolar. Ada lapan unit Esprit semasa penggambaran filem tersebut, tetapi unit yang dibeli pasangan ini merupakan satu-satunya yang digunakan ketika penggambaran babak di dalam air.
Kata pengasas bersama Yayasan Ian Fleming, Doug Redenius yang mengesahkan kereta tersebut, pasangan yang membeli kereta ini langsung tidak pernah menonton filem Bond dan tidak tahu betapa bernilainya penemuan mereka itu.
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
Pasangan itu berazam untuk membaiki kereta tersebut, dan mengangkutnya dengan sebuah trak menuju ke rumah ketika pemandu lori berdekatan menghubungi mereka menerusi radio CB mengenai kereta yang mereka bawa dan betapa istimewanya kereta tersebut.
Menerusi maklumat yang diperolehi, mereka telah membaikpulihnya dan ia dipamerkan di beberapa pameran sebelum dilelong pada 2013. Kereta tersebut akhirnya berjaya dijual kepada ‘pembeli misteri’ dengan harga 997,000 Dolar (RM4.16 juta) dan individu misteri tersebut adalah Elon Musk.
Apabila membeli kereta itu, Musk berkata beliau memasang penjana Tesla dan cuba mengubahsuainya dari sebuah kereta jalanan menjadi sebuah kapal selam mini, seperti dalam filem tersebut. Setakat ini, tiada perkembangan terkini mengenai perancangan beliau itu.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
KOMEN TERKINI