ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aerodyne Group beli 60 peratus kepentingan syarikat perkhidmatan dron terkemuka di Amerika Syarikat

Berita Global

Views

Bila sebut nama Aerodyne Group, kami yakin anda terus teringat dengan projek ‘kereta terbang‘ kan? Tapi kali ini kami nak war-warkan satu berita yang membanggakan dari syarikat tersebut. Menurut portal Digital News Asia, Aerodyne Group hari ini telah mengumumkan pengambilalihan kepentingan dalam perniagaan perkhidmatan Measure UAS Inc.

Untuk pengetahuan semua Measure UAS, Inc merupakan syarikat peneraju kecerdasan udara di Amerika Syarikat. Satu entiti perniagaan baharu Aerodyne Measure Inc. telah ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan perusahaan di Amerika Utara.

Aerodyne Measure bakal membawa kepakaran bersama dua peneraju dalam industri perkhidmatan dron global. Measure telah menjalankan ribuan operasi komersial untuk beberapa buah syarikat gergasi di Amerika Utara, manakala Aerodyne telah menguruskan lebih dari 400,000 aset infrastruktur dengan 80,000 operasi penerbangan merentasi 25 buah negara.

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

Kedua-dua syarikat kini berada dalam kedudukan 10 teratas dalam senarai penyedia perkhidmatan dron oleh Drone Industry Insights. Pengasas dan CEO Kumpulan Aerodyne, Kamarul A Muhamed berkata Measure mempunyai proses kualiti yang mantap dan reputasi untuk perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, sekaligus memberikan Aerodyne asas yang kukuh mereka berkembang ke pasaran Amerika Utara.

Tambahnya, industri dron kini berada pada fasa penggabungan di mana syarikat boleh memberikan nilai sebenar akan berada di atas, jadi perkongsian ini tepat pada masanya untuk meletakkan mereka pada landasan terbaik untuk ke fasa perkembangan seterusnya.

Aerodyne Measure Inc. bakal menyediakan pemantauan udara premium bagi aset infrastruktur di sektor utiliti tenaga, tenaga boleh diperbaharui, minyak dan gas serta jalan raya, jambatan dan pelabuhan, dengan menggunakan suite penyelesaian Vertikaliti Aerodyne, penyelesaian pengurusan aset berasaskan awan. Penyelesaian ini terbukti untuk memberi pelanggan peningkatan prestasi dan pengoptimuman kos yang signifikan.

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Brandon Torres Declet, CEO dan Pengasas bersama Measure berkata, perjanjian antara kedua-dua entiti ini menjadikan mereka lebih kuat dalam industri dron yang dinamik dan kompetitif. Katanya, dengan menggabungkan kepakaran masing-masing, mereka telah mencipta perniagaan yang bakal menjadi peneraju pasaran bermula dari hari pertama.

Pengambilalihan ini merupakan sebahagian daripada strategi pengembangan agresif Aerodyne untuk menjadi penyedia penyelesaian berasaskan dron nombor satu di dunia. Brandon Torres Declet turut menyertai pasukan kepimpinan global Aerodyne Group, yang bakal membawa pengalaman dan kepakaran yang tidak ternilai.

Bercakap pada majlis menandatangani, Kamarul menambah mereka dengan bangganya mengalu-alukan pasukan perkhidmatan dron Measure ke dalam keluarga Aerodyne. Tambahnya, ini bukan hanya bukti keupayaan dan rekod prestasi mereka, tetapi merealisasikan impian mereka untuk mengubah Aerodyne, sebuah jenama tempatan Malaysia menjadi sebuah syarikat yang benar-benar global.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply