ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kos penyelenggaran meningkat, tambang bas sekolah mungkin naik

Berita Tempatan

Views

Persatuan Bas Sekolah Selangor Putrajaya Dan Kuala Lumpur (PBSSPKL) berkemungkinan akan menaikkan tambang bas sekolah.

Menurut KOSMO!ONLINE, Pengerusinya, Mohd.Haron Mohd.Sidik berkata, kenaikan itu akan dilakukan sama ada pada bulan depan atau Julai ini bagi menampung kos penyelenggaran dan alat ganti kenderaan telah meningkat mendadak antara 50 hingga 80 peratus.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Ujarnya, jumlah kenaikan itu bagaimanapun akan bergantung kepada perbincangan dan persetujuan antara pengusaha dengan pelanggan.

Bayaran tambahan juga akan dikenakan untuk penghantaran dan pengambilan pelajar dari kelas kokurikulum, kelas-kelas tambahan, latihan sukan, tuisyen dan sebagainya yang luar dari waktu rasmi balik dari sekolah.

Pengusaha terpaksa mengkaji dan menaikkan tambang kerana pihaknya sudah tiada pilihan lagi untuk menampung kos penyelenggaraan bas.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Jelas beliau, PBSSPKL ada mengemukakan cadangan dan menghantar memorandum kepada kerajaan supaya menanggung separuh tambang bas sekolah dan selebihnya ditanggung oleh ibu bapa.

Tambahnya, pihaknya turut memohon kerajaan memberikan subsidi minyak petrol dan diesel RM1 seliter kepada pengusaha-pengusaha bas sekolah seluruh Malaysia.

Sekiranya berlaku sebarang bencana dan sekolah ditutup, hanya kerajaan sahaja yang perlu membayar tambang bas sekolah untuk memastikan kelangsungan pengusaha bas sekolah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply