ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta terbang pasang sendiri Samson Switchblade – Kelajuan lebih 300kmj, harga RM753,509

Berita Global

Views

Sebuah kereta terbang berharga sekitar AS$167,900(RM753,509) mendapat kelulusan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) untuk memulakan ujian penerbangan selepas pembangunan selama 14 tahun, lapor akhbar Daily Star UK kelmarin.

Menurut KOSMO! ONLINE,  kereta terbang dinamakan Samson Switchblade itu sedang menjalani ujian kelajuan sebelum berlepas terakhirnya sebelum dipandu di udara buat kali pertama sekali gus menjadikan prospeknya cerah.

Pembina kenderaan itu, Samson Sky mengatakan, sebanyak 2,100 unit kenderaan tersebut telah ditempah awal. Tempahan itu merangkumi 52 negara dan kesemua 50 negeri di Amerika Syarikat.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Kata Ketua Pegawai Eksekutif Samson Sky, Sam Bousfield, artis mengimpikan masa depan dan masa depan itu dipenuhi dengan kereta terbang. Jika anda berkongsi impian itu, Switchblade direka untuk anda.

Kereta terbang itu mempunyai tiga roda dan saiznya bersesuaian dengan tempat letak kereta biasa. Kenderaan itu juga sesuai untuk disimpan di dalam garaj atau diletakkan di halaman rumah.

Pembeli perlu memasang kereta itu sendiri kerana ia dijual dalam pek bina sendiri. Setiap kit Switchblade dilengkapi enjin, gear, peralatan elektronik penerbangan, bahagian dalaman dan Program Bantuan Samson Builder.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Setelah dibina, Samson Sky berkata, pengguna akan memandu kereta itu di jalan raya dari rumah ke lapangan terbang berdekatan, di mana mereka boleh melepaskan sayap dan ekor yang menghayun keluar dalam masa kurang tiga minit.

Pemandu kemudian boleh menerbangkan kereta itu dari lapangan terbang menuju destinasi mereka. Sebelum mendarat, mereka hanya perlu menukar semula kepada mod pemanduan di darat.

Semasa terbang di udara, kereta itu boleh mencapai kelajuan sehingga 306 kilometer sejam (kmj) dan ketinggian 13,000 kaki.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply