ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nak terbangkan super dron perlu kelulusan CAAM dulu – Anthony Loke

Berita Tempatan

Views

Kami rasa ini mungkin satu alasan yang cukup kuat sekiranya ujian penerbangan ‘kereta terbang‘ gagal direalisasikan esok. Menurut Free Malaysia Today, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengumumkan kereta terbang yang diuar-uarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof adalah sejenis dron, dan oleh itu perlu kelulusan dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Katanya, penerbangan dron perlu mendapat kelulusan dari CAAM. Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) di Dewan Rakyat, pada sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa membabitkan Kementerian Pengangkutan.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Shahidan Kassim (BN-Arau) kemudian berterima kasih kepada Loke atas penjelasan itu. Katanya, bagi pihak semua ahli Parlimen mengucapkan terima kasih kerana kenderaan itu bukanlah ‘kereta terbang’ tetapi dron. Kenyataan dari Shahidan itu kemudiannya disokong oleh Ismail Sabri Yaacob (BN-Bera). Redzuan di Dewan Rakyat semalam mengumumkan beliau sendiri akan pandu uji “kereta terbang” pada Khamis, sambil mengundang wakil-wakil rakyat untuk menyaksikan sesi itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply