ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kontrak Rossi bersama Petronas SRT tidak disambung – Razlan nafi laporan media

Sukan Permotoran

Views

Prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali telah menafikan laporan media sebelum ini yang mengatakan kontrak Valentino Rossi tidak akan disambung musim depan dan bakal meninggalkan pasukan itu pada hujung musim ini.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Baru-baru ini portal K! ONLINE melaporkan, kontrak Rossi tidak akan disambung untuk saingan musim depan. Dalam perkembangan terkini, rakan media di Moto Malaya.net melaporkan Razlan memberitahu Crash.net bahawa kenyataannya sebelum ini telah disalah tafsir, sebaliknya menegaskan belum ada keputusan dibuat setakat ini.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Bagaimanapun, sekiranya Rossi tidak lagi bersama SRT, fokus pasukan itu adalah kembali membangunkan pelumba muda. Jelasnya, bekerjasama dengan Valentino Rossi membuka peluang besar kepada pasukan ini dan hubungan tersebut membolehkan pasukan ini untuk berkembang.

Tambahnya, memilih pelumba berpengalaman bakal memberi peluang baik pada pelumba muda pada masa akan datang. Kata beliau lagi, pihaknya masih belum memutuskan barisan pelumba bagi musim 2022 tetapi sekiranya kerjasama dengan Valentino (Rossi) berakhir, mereka akan kembali memberi fokus dalam mencari pelumba muda yang terbaik.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit PETRONAS SRT

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply