ARKIB

KATEGORI

Buletin

Konvensyen Pelabur & Vendor Global 2023 berjaya himpunkan lebih 200 peserta dari dalam dan luar negara

Berita Tempatan

Views

Susulan dari pemeteraian Ketua Perjanjian (HOA) pada 1 April lalu antara DRB-Hicom dan Geely di Beijing untuk membangunkan Automotive High Tech Valley (AHTV), kedua-dua pihak bakal membina hab untuk Kenderaan Generasi Akan Datang (NxGV) di Tanjung Malim.

Lebih 200 peserta yang terdiri daripada pegawai agensi kerajaan, wakil pengurusan dari DRB-Hicom, Geely dan Proton, vendor tempatan serta 42 pembekal automotif dari China telah menghadiri Konvensyen Pelabur & Vendor Global 2023 anjuran Proton hari ini di Kuala Lumpur.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz telah dijemput sebagai tetamu kehormat konvensyen tersebut dan turut menyampaikan ucapannya.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Konvensyen ini bukan sahaja menjadi platform untuk pelabur luar negara untuk bertemu dengan agensi kerajaan serta komuniti vendor tempatan, malah ia turut mempamerkan kemajuan yang dicapai di tapak projek, ketersediaan insentif kerajaan dan prospek untuk syarikat menubuhkan perniagaan baharu di AHTV.

Apabila direalisasikan sepenuhnya, AHTV akan menjadi pusat penyelidikan yang diiktiraf di peringkat global dan pusat pembangunan komponen automotif berteknologi tinggi yang akan merangkumi universiti penyelidikan untuk kejuruteraan automotif, teknologi maklumat, kecerdasan buatan, dan pembangunan perisian.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan, DRB-Hicom dan Pengerusi Proton, Syed Faisal Albar, menerusi konvensyen ini pihaknya menyasarkan untuk menarik kira-kira RM32 bilion pelaburan bagi projek ini, termasuk apa yang telah diperuntukkan oleh Proton.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Tambah beliau, kerjasama Geely dengan Proton dan telah menyebabkan beberapa pelabur dan pembekal komponen beroperasi di Tanjung Malim. Ekosistem berteknologi tinggi mereka yang sedia ada, pasti akan memainkan peranan utama dalam memacu projek ini ke hadapan.

Setelah mengendalikan kilang pengeluarannya di Tanjung Malim selama 20 tahun, Proton berpeluang mendapat manfaat daripada pembangunan hab automotif itu dengan memanfaatkan kehadiran pembekal teknologi tinggi di AHTV.

Proton juga akan membawa faedah tambahan kepada kawasan sekitarnya apabila ia akan memindahkan sepenuhnya kemudahan pembuatan dan penyelidikan dan reka bentuknya di sana menjelang tahun 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, pihaknya akan terus menarik pelabur luar negara ke projek ini, melaksanakan aktiviti R&D di AHTV di samping mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply