ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kos garisan jalan ‘glow in the dark’ RM749 satu meter persegi, hampir 20 kali ganda kaedah konvensional

Berita Tempatan

Views

Kementerian Kerja Raya (KKR) mengaku ada keperluan untuk memasang garisan jalan bercahaya dalam gelap atau ‘glow in the dark‘ di Lebuh Raya Timur-Barat (Jeli-Gerik), namun ia membabitkan kos amat mahal hingga hampir 20 kali ganda berbanding kaedah konvensional yang digunakan ketika ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata pihaknya memang sudah melakukan kajian berhubung perkara itu.

Beliau sendiri sudah melakukan lawatan ke Hulu Langat, November lalu, dan ia (garisan jalan bercahaya dalam gelap) nampak bagus, selain maklum balas daripada pengguna juga positif. Namun, kosnya sangat mahal berbanding kaedah yang pihaknya gunakan sekarang.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kos pemasangan garisan jalan bercahaya dalam gelap adalah RM749 bagi setiap meter persegi berbanding kaedah konvensional menggunakan cat yang hanya RM40 bagi setiap meter persegi.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr Izani Husin.

Justeru, Alexander menjelaskan, pihaknya perlu melakukan kajian lanjut secara menyeluruh terlebih dahulu, selain meneliti dari aspek kewangan. Memang ada keperluan di lebuh raya berkenaan, namun perlu melihat dari segi kewangan juga.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Jika menggunakan kaedah yang memerlukan kos tinggi, mungkin hanya boleh membabitkan jarak yang dekat dan ia masih mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya.

Media sebelum ini melaporkan garisan jalan bercahaya dalam gelap yang pertama di negara ini adalah di Jalan Sungai Lalang, Hulu Langat.

Projek perintis dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Langat itu membolehkan pemanduan menjadi lebih selamat dengan bantuan pantulan cahaya pada pembahagi jalan. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Alexander Nanta Linggi

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply