Sebuah Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki warga emas Switzerland merempuh sebuah stesen minyak di Taman Canning, di Ipoh, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki berusia 77 tahun itu dikatakan mengalami kekejangan kaki kanan ketika berhenti untuk mengisi minyak di Stesen Minyak Caltex kira-kira jam 10.30 pagi.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki itu yang berada di pam nombor dua sedang membetulkan kenderaannya untuk mengisi minyak.
Tiba-tiba dia diserang kekejangan kaki kanan dan tidak dapat mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kereta terbabas ke hadapan melanggar sebuah motosikal jenis Yamaha Y16ZR lalu merempuh dinding kaca di situ.
Menurutnya, ekoran rempuhan itu, seorang wanita tempatan mengalami kecederaan di kaki kanannya.
Bagaimanapun, katanya, pemandu Myvi itu dan penunggang motosikal berumur 29 tahun serta pemilik stesen minyak yang berusia 42 tahun tidak mengalami kecederaan.
Tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes diklasifikasikan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59). – Astro AWANI
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Geng Baling Farm
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI