ARKIB

KATEGORI

Tular

Dua beranak tercampak, motosikal dirempuh bas

Tular

Views

Kanak-kanak lima tahun bersama ibunya cedera tercampak dari motosikal selepas terlibat kemalangan dengan sebuah bas persiaran di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Kuantan-Pekan di Kuantan pada Isnin.

Kanak-kanak terbabit yang mengalami luka di tangan, badan dan kepala kini dirawat di wad kecemasan (zon merah) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) manakala ibunya berusia 43 tahun dirawat di zon kuning hospital sama.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kemalangan terbabit mendapat perhatian apabila rakaman video kejadian berdurasi 36 saat dimuat naik dan tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira jam 12.50 tengah hari.

Menurutnya, siasatan awal mendapati bas tanpa penumpang dipandu lelaki berusia 41 tahun dalam perjalanan dari Terengganu menghala ke Johor.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Ketika sampai di lokasi kejadian, semasa bergerak lurus di lorong kanan, secara tiba-tiba motosikal dinaiki dua beranak itu dipercayai keluar dari simpang sebelah kiri dan mengubah ke lorong kanan memasuki laluan bas.

Pemandu bas cuba mengelak namun gagal apabila terlanggar motosikal terbabit kerana jarak yang terlalu dekat.

Wan Mohd Zahari berkata, polis telah mengambil rakaman kamera pemuka bas dan merakam keterangan pemandu bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply