ARKIB

KATEGORI

Buletin

Model generasi baharu Proton bakal guna pelantar Geely-Volvo?

Berita Global

Views

Akhirnya Geely telah ‘membuka mulut’ mengenai perancangan masa depan mereka untuk Proton menerusi artikel yang telah disiarkan oleh Reuters. Pengeluar kenderaan dari China itu merancang untuk menggunakan pelantar yang dibangunkan dengan input dari Volvo bagi membangunkan model-model baharu Proton di Malaysia.

Ini adalah sebahagian daripada strategi mereka bagi mempercepatkan proses untuk menjadikan mereka sebagai gergasi automotif sejagat pertama dari negara Tembok Besar itu. Hasil kerjasama mereka dengan Volvo selama ini telah menghasilkan dua pelantar generasi baharu iaitu Compact Modular Architecture (CMA) dan B-segment Modular Architecture (BMA).

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring

Menurut pegawai dan jurutera kanan Geely, pelantar BMA yang dibangunkan khusus untuk kereta kecil dijangka menghasilkan model baharu Proton, sekali gus membolehkan pengeluar kereta nasional itu akses kepada teknologi dari Volvo dan keupayaan Geely dalam kawalan kos, pengurusan rantaian bekalan dan pengeluaran tempatan.

Sebelum ini rakan media kami di Paultan.org memaklumkan Proton kini sedang membangunkan pelantar baharu menerusi temubual mereka bersama Ketua Pereka Proton, Azlan Othman. Namun Azlan tidak mendedahkan secara terperinci pelantar manakah yang bakal diguna pakai bagik penghasilan model-model baharu proton pada masa depan.

JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports

Namun terdapat ura-ura yang mengatakan Proton dan Geely kini sedang membangunkan pelantar kenderaan A-segment Modular Architecture (AMA) untuk model-model kereta bersaiz kecil seperti generasi baharu Saga. Selain itu, ada sumber memberitahu kami, pelantar baharu itu adalah versi naik taraf pelantar dari model sedia ada.

Model ‘sedan marhaen’ generasi baharu itu dijangka diperkenalkan dalam tempoh sekurang-kurangnya 2-3 tahun dari sekarang. Bagi menanti ketibaan model serba baharu itu, Saga ketika ini bakal mengalami perubahan kosmetik kecil (MC) setahun sekali. Ia bagi meneruskan momentum jualan selain memberi kesegaran pada penampilan model sedia ada. Ada sumber mengatakan, projek enjin GDI Proton bersama Ricardo mungkin disambung kembali sekiranya mendapat kelulusan.

Namun menurut apa yang kami tahu setakat ini, Proton sedang membina sebuah kilang enjin baharu di Tanjung Malim yang akan menghasilkan enjin yang dibekalkan oleh Geely. Setelah kilang tersebut siap dan mula beroperasi, barulah model generasi baharu Proton dengan rekaan mereka sendiri akan diperkenalkan secara berperingkat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply