ARKIB

KATEGORI

Buletin

Langgar lari pegawai imigresen, polis kesan pemandu Proton Wira Aeroback

Berita Tempatan

Views

Polis mengesan pemandu kereta jenis Proton Wira Aeroback yang disyaki terlibat dalam kejadian langgar lari yang mengakibatkan seorang pegawai imigresen maut di Kilometer 83.4 Lebuh Raya Utara-Selatan di Sungai Petani, pagi tadi.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pemandu kereta itu dipercayai melarikan diri sejurus kejadian dan belum tampil membuat laporan polis.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Katanya, kereta berwarna perak itu dikesan melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di Plaza Tol Gurun. Pihaknya sedang meneliti dan menyemak nombor pendaftaran kereta untuk mengetahui sama ada pemiliknya sendiri atau individu lain yang memandu semasa kejadian.

Beliau pada masa sama meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pemandu dan kereta itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Juzaili Ismail di talian 019-5586668.

Tambahnya, orang ramai juga boleh menghubungi Pejabat Pertanyaan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuala Muda di talian 04-4232222 untuk membantu siasatan.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Nizam Samsudin, 46, yang bertugas sebagai Timbalan Pengarah Imigresen di Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Sementara rakannya, Zaili Nizam Muhammad, 43, dan bertugas sebagai Timbalan Pengarah Kanan Imigresen di depot imigresen sama patah kaki dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kenderaan yang tidak diketahui melanggar bahagian belakang motosikal ditunggangi Muhammad Nizam di lorong kiri menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas ke lorong kecemasan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply