ARKIB

KATEGORI

Buletin

Leka punca kemalangan aneh di Plaza Tol Sungai Dua

Berita Tempatan

View

Pagi tadi tular beberapa keping foto yang menunjukkan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang merempuh palang di Plaza Tol Sungai Dua. Apa yang menghairankan adalah palang tol itu tidak patah sebaliknya menembusi ruang dalam kenderaan itu menerusi cermin bahagian pemandu. Utusan Online melaporkan, kereta tersebut dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun kejadian berlaku kira-kira jam 7.50 pagi tadi.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Ketua Polis Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian tersebut telah dirujuk kepada Unit Siasatan Lebuh Raya (USLR) di Plaza Tol Sungai Dua. Katanya, siasatan awal mendapati, pemandu berkenaan ‘terleka’ semasa menghampiri plaza tol berkenaan dan tidak sempat membrek sehingga melanggar palang plaza tol tersebut.

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

Tambahnya lagi, pemandu dan penumpang kenderaan itu tidak mengalami kecederaan namun saman terhadapnya telah dikeluarkan di bawah Rule 10 LN Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 atas kesalahan gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.

Semoga tiada lagi kejadian seperti ini lagi berlaku pada masa akan datang, mujur palang tu tak di bawa balik sampai ke rumah. Macam-macam.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply