ARKIB

KATEGORI

Buletin

Menggerunkan! Video ujian kemalangan motorhome dari arah depan ini mungkin buat anda seram sejuk

Berita Global

Views
Krocktest av husbilar – Crash test of motorhomes | Trafikverket

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, selamat ke motorhome apabila berlanggar dari arah depan? Pentadbiran Pengangkutan Sweden (Trafikverket) telah merungkai misteri ini dengan menguji dua jenis motorhome yang berbeza ini pada kelajuan 64 km/j. Satu jenis separa-bersambung dan satu lagi adalah jenis bersambung sepenuhnya.

Mereka melakukan ujian ini kerana terdapat peningkatan sebanyak 50 peratus pendaftaran unit motorhome di negara tersebut sejak tahun 2014. Dalam tempoh tersebut, 6 orang telah meninggal dunia, 4 daripadanya tahun lalu. Jenis kemalangan yang sering berlaku adalah perlanggaran dari arah depan.

Selain itu, dianggarkan 100 orang telah mengalami kecederaan dalam kemalangan jalan raya dengan motorhome sejak 2014. Adakah motorhome ini selamat? Jika anda menonton video ini anda seboleh-bolehnya wajib mengelakkan dari perlanggaran dari arah depan dengan apa jua cara sekalipun.

Tapi mampukah anda mengelakkan semua itu, dan perlu betul-betul fokus semasa di jalan raya dan hanya memotong jika selamat untuk berbuat demikian. Tetapi malang tidak berbau, betul tak?

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Bagaimana Trafikverket melakukan ujian ini?

Menurut mereka, ujian perlanggaran yang dilakukan adalah sama dengan ujian perlanggaran hadapan yang diguna pakai oleh Euro NCAP. Mereka membuat ujian perlanggaran hadapan pada kelajuan 64 km/j dengan merempuh penghadang yang sepadan dengan kenderaan dengan berat yang sama. Walaupun kelengkapan pada motorhome dikeluarkan semasa ujian tersebut, ia masih lagi berat.

Dalam kes ini, ujian yang dilakukan bersesuaian dengan impak perlanggaran hadapan pada kelajuan 90 km/j dengan sebuah kereta penumpang. Ujian ini agak sukar tetapi bersesuaian dengan situasi kemalangan yang sebenar walaupun ia agak jarang berlaku. Sekiranya anda menonton video ini, anda boleh melihat struktur motorhome tidak cukup kukuh untuk menyerap daya impak.

Walaupun nampak motorhome jenis separa-bersambung nampak lebih selamat berbanding jenis bersambung sepenuhnya, anda masih belum selamat seperti berada di dalam kenderaan penumpang biasa. Jadi apa yang anda perlu buat untuk mengelakkan dari mengalami kecederaan? Nampaknya anda kena mencari jalan yang mempunyai pembahagi jalan yang kukuh.

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

Selain itu, anda kena pastikan tiada objek yang boleh bergerak di dalam kenderaan tersebut, sebagai contoh alat pembancuh kopi yang boleh terpelanting menjadi seperti peluru semasa perlanggaran. Selain itu, anda perlu menanggalkan meja sekiranya ada penumpang di bahagian belakang.

Ini merupakan antara cadangan Trafikverket kepada pengguna motorhome:

  • Pilih jalan yang lebih selamat yang mempunyai pembahagi jalan yang kukuh.
  • Jaga had laju kenderaan.
  • Patikan tiada objek yang boleh bergerak atau terpelanting, sebagai contoh alat pembancuh kopi.
  • Tanggalkan  meja sekiranya ada penumpang di bahagian belakang.

Ini merupakan antara cadangan Trafikverket kepada pengeluar motorhome:

  • Untuk jangka masa pendek – memperkukuhkan tapak ruang dalaman.
  • Untuk jangka masa pendek – pastikan meja mudah untuk ditanggalkan.
  • Untuk jangka masa panjang – melihat semula struktur kenderaan dan menjadikannya lebih kukuh.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply