ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ingatkan hantu, rupanya bukan…

Berita Tempatan

Views

Ingat lagi tak kami pernah memuatnaik beberapa foto yang menunjukkan satu lembaga putih berdiri di atas sebuah van yang turut tular di media sosial baru-baru ini? Menurut Harian Metro, lembaga putih tersebut bukanlah hantu, tetapi pendekatan seorang lelaki bernama Muhammad Urabil Alias, 38, dari Chukai untuk menakutkan remaja yang keluar malam dan tidak patuh arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, dia langsung tidak menjangka gambar yang diambil isterinya, Norhayati Nayan, 39, itu menjadi tular dan mendapat perhatian warganet, sehingga dikongsi sebanyak 3,300 kali dengan 1,400 komen dan 983 tanda suka.

JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?

Jelas Urabil, dia hanya ingin mengusik remaja yang degil di kawasan perumahan di Taman Anika Jaya, Kampung Tempurung, supaya tidak lagi keluar merayau pada malam dengan harapan mereka patuh kepada arahan PKP. Tambahnya, pendekatan itu berjaya kerana ramai yang percaya pada gambar itu dan bimbang untuk merayau pada waktu malam.

Meskipun pelbagai cara yang diambil pihak berkuasa termasuk menjalankan rondaan bagi memastikan golongan muda duduk di rumah, namun segelintirnya masih berdegil. Namun, apabila dia memuat naik gambar itu di Facebook, masing-masing panik dan takut untuk keluar pada waktu malam.

JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai

Bagaimanapun, dia bimbang sekiranya perbuatannya itu dikecam berikutan gambar itu menjadi tular. Ujarnya, ramai warganet yang menghubungi dan bertanya sama ada gambar itu diubah suai atau gambar asli. Padahal status yang dimuat naik juga tidak menyatakan secara serius dan berbentuk gurauan tetapi mereka tetap menganggapnya lembaga sebenar.

Dia juga berharap gambar yang tular itu tidak terus dianggap gambar sebenar sehingga menimbulkan pelbagai tanggapan negatif atau kepercayaan karut. Katanya, dia tidak berniat untuk mencari perhatian melalui gambar itu sehingga tular. Tambahnya lagi, dia dan isteri memohon maaf sekiranya perbuatan itu melampau.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply