ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rebat Istimewa RM5k untuk model City dan BR-V sempena “1 Million Dreams Campaign”

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia semalam telah mengumumkan rebat istimewa bernilai RM5,000 bagi model City dan BR-V bersempena dengan “1 Million Dreams Campaign“. Rebat istimewa itu merupakan ganjaran tambahan kepada promosi yang sedang berlangsung sepanjang bulan ini.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Ia merangkumi rebat tunai, baucar servis dan alat ganti yang bernilai RM5,000 buat pelanggan yang mendaftarkan City dan BR-V baharu mereka mulai 16 Mac sehingga 31 Mac 2021. Honda Malaysia menggesa para pelanggannya yang berminat dengan model-model tersebut untuk membuat pendaftaran segera sebelum tempohnya berakhir hujung bulan nanti.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Dalam bulan ini juga, para pelanggan Honda berpeluang untuk memenangi tujuh model Edisi Khas menerusi peraduan yang berlangsung sehingga 24 Mac 2021. Selain itu, Honda Malaysia menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk acara 1 Million Dreams Grand Finale yang bakal berlangsung di parkir C Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 dan 28 March 2021, mulai jam 10 pagi hingga 10 malam.

Selain mengumumkan pemenang kereta, pelbagai acara menarik menanti pengunjung di sana. Bagi memastikan kelancaran acara dan keselamatan para pengunjung, Honda Malaysia telah mengambil langkah berjaga-jaga supaya ia mematuhi garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply