ARKIB

KATEGORI

Buletin

Maki polis jaga SJR dengan ‘kata-kata kesat’ di media sosial – Pemilik X70 ini ditahan

Tular

Views

Memang tidak dapat dinafikan, sekatan jalan raya (SJR) yang sedang dilaksanakan oleh pihak berkuasa berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada ketika ini, akan membuatkan ramai yang stress kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!

Namun ia merupakan langkah proaktif bagi mengawal serta menghadkan pergerakan orang ramai dari keluar rumah tanpa sebarang tujuan bagi membendung wabak COVID-19 yang telah mencecah angka 5,725 kes di seluruh negara hari ini.

Tular di laman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, satu hantaran yang memaklumkan Polis Daerah Kemaman telah menahan seorang lelaki di rumahnya susulan dari memuat naik kenyataan jelek serta berbaur penghinaan pasukan keselamatan itu di laman sosial.

JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!

Menerusi imej tangkap layar hantaran tersebut, lelaki yang merupakan salah seorang pemilik Proton X70 itu berang lalu menggelarkan anggota polis yang bertugas di SJR sebagai ‘lembu dan bodoh’ kerana menyebabkannya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dalam satu kenyataan ringkas menasihati orang ramai supaya menjaga adab dan berharap agar warga Kemaman memahami mengapa SJR perlu dibuat demi menjaga keselamatan mereka semua.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply