ARKIB

KATEGORI

Info

Crossover segmen-B Perodua, D66B hanya akan diperkenalkan tahun depan (2024)

Info

Views

Nampaknya, hasrat kita untuk menyaksikan satu lagi pelancaran model baharu daripada Perodua untuk tahun ini mungkin tidak kesampaian kerana pengenalan model crossover segmen-B, namakod D66B telah ditunda ke tahun hadapan.

Ini juga bermakna, hanya tinggal model Aruz facelift yang akan dilancarkan oleh Perodua untuk tahun 2023. Mengikut jangkaan asal, D66B sepatutnya dijadualkan pada Oktober 2023.

Menurut ejen perisik Mat Bond, model crossover dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) untuk segmen-B (DNGA-B) hanya akan muncul pada pertengahan tahun 2024.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, sebelum ini pernah berkata syarikat itu mempunyai kapasiti untuk melancarkan satu model baharu sepenuhnya (full-model change – FMC) dan dua model kemaskini (minor change – MC) setiap tahun.

Model D66B juga akan mempunyai kembar, iaitu Toyota (D03B) atau Yaris Cross versi negara-negara membangun dan ia bakal diperkenalkan seawal suku ketiga (Q3) atau suku keempat (Q4) 2023 di Thailand.

Toyota (D03B) bakal menerima pilihan rangkaian kuasa, enjin petrol aspirasi alami (NA) 1.5 liter yang disambungkan kepada transmisi D-CVT dengan pacuan roda hadapan (FWD) dan enjin e:Smart Hybrid yang dilengkapi dengan ciri Injak Pintar (Smart Pedal).

Sistem suspensinya akan menggunakan jenis topang MacPherson di hadapan, manakala rasuk kilasan (torsion beam) di belakang. Model ini juga dijangka akan berkongsi banyak komponen bersama dengan Yaris ATIV/Vios serba baharu.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Berbalik kepada D66B, bakal pesaing terkuat kepada Proton X50 ini bakal dijana dengan enjin Dual VVT-i 1.5L untuk varian asas dan pilihan trenkuasa hibrid untuk varian mercu.

Perodua juga telah pun mendaftarkan tanda dagang bagi nama Nexis dan Traz di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi kegunaan model baharu dan besar kemungkinan ia akan digunakan oleh D66B nanti.

Dalam perkembangan berasingan, Mat Bond mendakwa ada desas-desus mengatakan model generasi kedua Bezza, dijangka membuat kemunculan pada 2025, manakala model Myvi generasi keempat hanya akan tiba pada 2026.

Sejauh mana kebenaran maklumat awal ini, masih belum dapat dipastikan. Kita tunggu sahaja perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan, kredit Idiyaz Baharuddin

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply