ARKIB

KATEGORI

Buletin

Maruti-Suzuki (YFG) bakal jadi pengganti model Vitara

Berita Global

Views

Kembar kepada Toyota Urban Cruiser Hyryder (D22) dan juga bakal SUV Perodua 2023 (namakod D66B), Maruti-Suzuki YFG dikatakan bakal menggunakan nama Vitara.

Menurut portal Motorbeam.com, model yang dibangunkan bersama Toyota itu dikatakan tidak dibina dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) mahupun Toyota New Global Architecture-B (TNGA-B), tetapi sebaliknya menggunakan pelantar Suzuki Global-C yang kini menjadi asas kepada Brezza, Ciaz, S-Cross dan generasi keempat Vitara.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua Axia 2023 (D74A) mungkin ada empat varian, Toyota Agya bakal ada versi GR!

Model ini dijangka ditawarkan dengan pilihan dua enjin, salah satu daripadanya adalah trenkuasa 1.5-liter hibrid-ringan 102 kuasa kuda yang digandingkan bersama pilihan transmisi 6-kelajuan manual atau 6-kelajuan automatik.

Selain itu, ia turut ditawarkan dengan pilihan trenkuasa 1.5-liter hibrid 114 kuasa kuda yang disambungkan kepada transmisi eCVT.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Menurut sumber, berkemungkinan YFG akan menggunakan nama Vitara kerana untuk pasaran global, Suzuki dikhabarkan sedang merancang untuk menghentikan pembangunan Vitara generasi keempat dan bakal menggantikannya dengan YFG.

Sebelum ini, ada desas-desus mengatakan model ini juga bakal menjadi SUV versi Perodua tahun hadapan. Model dengan namakod D66B itu bakal dijana dengan enjin Dual VVT-i 1.5L untuk versi asas dan pilihan trenkuasa hibrid untuk varian andalan.

Dalam artikel terdahuluPerusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah mendaftarkan dua nama baharu, iaitu Traz dan Nexis, di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang ‘disimpan lebih awal’ bagi kegunaan model baharu mereka nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Autocar India

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply