Pencabar baharu kepada Toyota Avanza/Veloz, Daihatsu Xenia, Mitsubishi Xpander dan Suzuki Ertiga dari Korea Selatan bakal tiba di Indonesia tidak lama lagi!
Hyundai sejak semalam telah mula menyiarkan beberapa foto acah pertama minivan terbaharu mereka yang dikenali sebagai, Stargazer.
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua Axia 2023 (D74A) mungkin ada empat varian, Toyota Agya bakal ada versi GR!
Model yang direka khusus untuk pasaran Asia Tengggara ini boleh dikatakan sebagai jelmaan Staria versi ‘kecil’, jika merujuk kepada gaya reka bentuknya.
Paling ketara adalah pada bahagian hadapan dengan jejalur LED melintang, lampu hadapan terpisah dan jeriji bersaiz besar. Di belakang, ia lampu LEDnya mengambil inspirasi daripada model crossover, Bayon.
Selain itu, kelihatan juga susunan abjad yang membentuk perkataan ‘Stargazer’ pada pintu belakang. Stargazer, dikatakan berkongsi pelantar dengan Kia Carens yang telah dilancarkan di India tahun lalu.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
Ia bakal ditawarkan dengan pilihan enam atau tujuh tempat duduk. Dari segi enjin, Stargazer dilengkapi dengan pilihan enjin petrol atau diesel 1.5-liter yang digandingkan dengan transmisi manual atau automatik (torque converter / dwi-cekam)
Minivan ini bakal dihasilkan di Indonesia, di mana Hyundai turut mengeluarkan model Creta, Santa Fe, and Ioniq 5. Menurut info yang tertiris baru-baru ini, harga jualannya di Indonesia dilaporkan bermula dari Rp155,000,000 (RM46,017) hingga Rp202,000,000 (RM59,970).
Model ini juga dikatakan bakal memasuki pasaran India. Buat masa ini kami masih belum mempunyai sebarang maklumat sama ada Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) akan membawa masuk Stargazer ke pasaran Malaysia atau pun tidak.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
KOMEN TERKINI