ARKIB

KATEGORI

Buletin

Memandu dengan lesen tamat tempoh, wanita warga emas 103 tahun didenda

Berita Global

Views

Seorang wanita Itali berusia 103 tahun ditahan polis kerana lesen memandunya didapati tamat tempoh. Warga emas itu ditemui ketika keluar untuk berjumpa rakan pada waktu malam menggunakan kereta yang tidak diinsuranskan.

Pada jam 1 pagi (waktu tempatan), polis menerima panggilan mengenai kenderaan yang memandu secara berbahaya di tengah-tengah Bondeno, sebuah bandar didiami 13,000 penduduk berhampiran Ferrara, kata pihak berkuasa itu dalam satu kenyataan yang diterima Agence France-Presse, Khamis lalu.

Menurut pihak polis, pegawai dalam kereta peronda yang dihantar ke tempat kejadian di wilayah Emilia-Romagna di utara Itali terkejut apabila mengetahui tahun kelahiran pemandu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Warga emas terbabit, Giuseppina Molinari, atau dikenali sebagai Giose, dilahirkan pada 1920 dan walaupun berumur 103 tahun, masih mampu memandu kereta ke Bondeno untuk bertemu rakan.

Menurut polis, wanita itu mungkin sesat memandangkan keadaan jalan yang gelap. Lesen Molinari didapati tamat tempoh sejak dua tahun lalu.

Di Itali, pemandu berusia lebih 80 tahun mesti menjalani pemeriksaan perubatan setiap dua tahun untuk memperbaharui lesen memandu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dia kemudiannya didenda dan dihantar pulang oleh pihak polis. Molinari turut memberitahu insiden itu tidak menghalangnya untuk terus memandu.

“Saya akan membeli sebuah Vespa,” katanya kepada akhbar tempatan, La Nuova Ferrara. Sementara itu, dia turut memberitahu bercadang melawat rakannya dengan berbasikal.

Datuk Bandar Ferrara, Alan Fabbri, yang juga berasal dari Bondeno memuji gaya hidup wanita terbabit. “Saya akan menganugerahkan Giose pingat, bukannya denda.

“Ia bukan perkara biasa untuk mempunyai kekuatan dalaman sepertinya dan ia memberi harapan untuk hari tua saya sendiri!” katanya menerusi satu hantaran di Facebook. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Alamy, foto kecil Giuseppina Molinari

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply