Pembekal mobiliti pintar, ACO Tech, telah memeretai Memorandum Kerjasama (MoC) dengan Geno dan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) untuk mengkaji penggunaan penyelesaian rantaian blok (blockchain) bagi infrastruktur Kenderaan Elektrik (EV) Malaysia.
MoC tersebut telah dimeterai oleh Ketua Pegawai Eksekutif ACO Tech, Li Pu, Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Azrul Reza Aziz, dan Ketua Pegawai Eksekutif Geno, Zhang Yi Ian.
MoC tersebut membuka jalan untuk penerokaan penyelesaian rantaian blok termasuk kontrak pintar, pengurusan jejak digital rantaian bekalan, penyelesaian tokenomik dan teknologi perlindungan privasi bagi melengkapkan penyelesaian ACO Tech untuk Platfom Perkhidmatan Mobiliti Elektrik (EMSP).
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Usaha ini dapat memastikan privasi dan hak milik data, membolehkan pengewangan data, dan memanfaatkan pelabur strategik melalui pelaburan jangka panjang. EMSP adalah teras Visi Mobiliti Terhubung Kerajaan untuk membantu memperkasa pembangunan infrastruktur EV di Malaysia.
Kolaborasi ini juga dapat menangani kebimbangan berkaitan pemilikan EV seperti kekurangan port pengecasan dan kadar pengecasan yang tidak konsisten.
Penggunaan penyelesaian teknologi rantaian blok memperkasakan pengeluar EV, penyedia perkhidmatan, dan pemilik/pengguna untuk berinteraksi secara lebih interaktif melalui sistem lejar tidak berpusat yang tidak boleh disunting.
Pendekatan ini bertujuan untuk mengurangkan kos, meningkatkan pengalaman dan keyakinan pengguna, serta membentuk rekod penjejakan dan penyelenggaraan yang lancar. Selain itu, ia memudahkan perkongsian tenaga dan pengecas, memastikan ketelusan sepanjang kitaran hidup produk dan perkhidmatan.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Kolaborasi ini sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, serta Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR). Kerajaan sasar untuk mencapai 20 peratus Kenderaan Elektrik (xEV) menjelang 2030, 50 peratus menjelang 2040 dan 80 peratus menjelang 2050.
Perjanjian ini membuka jalan bagi sektor automotif untuk menjadi sektor pertama yang menggunakan teknologi rantaian blok secara meluas dalam industri di Malaysia.
Ia bakal membantu Kerajaan dalam merealisasikan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP) 2020 dengan membina asas kukuh bagi industri untuk berkembang melalui pembangunan Kenderaan Generasi Seterusnya (NxGV), termasuk EV.
Selian itu, ia juga akan membantu dalam pembangunan infrastruktur EV di peringkat kebangsaan melalui perkhidmatan mobiliti sebagai perkhidmatan (Mobility as a Service) dan rantaian blok sebagai perkhidmatan (blockchain as a service).
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI