ARKIB

KATEGORI

Tular

Harga servis kereta Proton naik bermula 1 Mac 2024?

Tular

Views

Tular satu hantaran menerusi akaun Facebook Lim Sian See sejak semalam yang memaparkan memo dari pihak Pembiayaan Strategik dan Insurans, Bahagian Sokongan Rangkaian Proton yang memaklumkan harga servis kereta keluaran syarikat tersebut bakal naik ekoran kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Memo ‘Proton FLAS System Enchancement – Sales and Service Tax Of 8%‘ itu telah pun dikeluarkan pada 16 Februari lalu. Ia turut menjelaskan bahawa kerajaan telah mengumumkan kenaikan cukai SST dari kadar 6 peratus hingga 8 peratus bermula 1 Mac 2024.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pada 1 Mac bermula dari jam 12:00 tengah malam hingga 2:00 pagi, Proton FLAS akan ditutup buat sementara bagi melaksanakan perubahan SST dan semua sebut harga yang dikeluarkan sebelum 29 Februari 2024 akan menjadi tidak sah atau tamat tempoh, untuk mengelakkan percanggahan dalam pengiraan premium.

Oleh yang demikian, Proton akan mengeluarkan semula sebut harga bermula 1 Mac 2024 dan seterusnya bagi menampung kadar SST baharu sebanyak 8 peratus.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Seperti yang kita ketahui, SST akan dinaikkan dari 6 peratus hingga 8 peratus berkuatkuasa 1 Mac 2024. Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan akan menaikkan cukai SST pada pembentangan Belanjawan 2024.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kategori yang dikecualikan daripada kenaikan kadar cukai baharu ini, termasuklah minuman dan makanan serta telekomunikasi.

Setakat artikel ini diterbitkan, hantaran tersebut telah menerima lebih 1,200 komen dan 1,500 perkongsian di laman Facebook.

Nota kaki: Pepatah BBNU mengatakan, “hujan je yang turun le ni boh…

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Lim Sian See

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply