ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mabuk punca Myvi terbabas ke rel kereta api

Berita Tempatan

Views

Semalam tular sekeping gambar yang menunjukkan sebuah Perodua Myvi terbabas ke rel kereta api di media sosial. Menurut laporan dari Berita Harian, seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbabas dan memasuki ke rel kereta api pelabuhan di Pangkalan Kontena Butterworth Utara (PKBU) awal pagi semalam.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Kejadian dikatakan berlaku jam 4 pagi dan pemandu kereta yang  berusia 20-an dikatakan memandu kenderaannya dari arah Bagan dalam keadaan mabuk. Sumber berkata, lelaki terbabit ‘melihat’ penghadang di bahagian timbangan lori kawasan berkenaan sebagai ‘plaza tol’ sebelum memasuki kawasan terbabit.

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

Walau bagaimanapun, tiada kerosakan dilaporkan berlaku pada rel kereta api berkenaan, manakala pemandu tersebut pula tidak cedera. Kenderaan dipandunya juga tidak mengalami kerosakan manakala kereta dikeluarkan sendiri daripada pemilik tanpa bantuan.

Kejadian hanya dimaklumkan kepada pihak polis pelabuhan dan tiada tindakan lanjut diambil ke atas pemandu berkenaan, Akhirnya tahu juga punca sebenarnya, sebab tu la dah banyak kali orang pesan supaya jangan memandu dalam keadaan mabuk.

Mujur tak ada kereta api lalu masa kejadian tu kan? Kalau tidak…

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply