ARKIB

KATEGORI

Buletin

Michelin rakan tayar rasmi filem “Gran Turismo: Based on a True Story”, di pawagam mulai 25 Ogos

Berita Tempatan

Views

Michelin merupakan rakan tayar rasmi bagi filem “Gran Turismo: Based on a True Story” terbitan Sony Pictures yang bakal mengujakan peminat sukan permotoran maya dan realiti, di pawagam mulai 25 Ogos ini.

Gran Turismo adalah berkisarkan sebuah kisah benar mengenai satu pasukan kerdil, terdiri daripada tiga watak utama yang dilakonkan oleh aktor terkemuka.

Archie Madekwe membawa watak seorang ‘gamer‘ yang membanting tulang sebagai pekerja kelas pertengahan, David Harbour pula sebagai bekas pelumba kereta yang gagal dalam kerjayanya dan Orlando Bloom yang memegang watak seorang eksekutif sukan permotoran bersifat idealistik.

Mereka telah berganding bahu mengambil risiko untuk bersaing dalam sukan yang paling elit di dunia. Gran Turismo padat dengan aksi dan penuh dengan inspirasi, sekali gus menunjukkan bahawa tiada apa yang mustahil sekiranya anda mempunyai keazaman yang tinggi.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Penggambaran Gran Turismo telah dijalankan di litar-litar lumba serata dunia, termasuk Slovakia Ring, Dubai Autodrome, Nürburgring, Red Bull Ring di Austria, dan Hungaroring.

Dalam filem ini, semua kereta dilengkapi dengan dua jenis tayar Michelin yang paling inovatif, dirumus untuk prestasi ultratinggi di litar lumba, iaitu MICHELIN Pilot Sport 4 S dan MICHELIN Pilot Sport Cup 2R.

Michelin tidak teragak-agak untuk menampilkan tayar yang diklasifikasi sebagai ‘confidential‘, yang direka dengan aneka teknologi canggih seperti yang digunakan oleh jentera-jentera dalam persaingan Le Mans dalam dunia sebenar.

Penglibatan Michelin dalam filem Sony Pictures adalah sejajar dengan kolaborasinya bersama permainan video Gran Turismo 7, iaitu iterasi ketujuh francais permainan video tersebut yang diterbitkan buat julung kali pada tahun 1997 oleh Polyphony Digital Inc., anak syarikat milik Sony Interactive Entertainment Inc.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Michelin turut membekalkan Gran Turismo 7 dengan tayar perlumbaan yang tercanggih di dunia, yang bukan sahaja terlahir menerusi kepakaran unik syarikat ini dalam bidang pemodelan tayar matematikal, tapi juga data-data pintar yang dikumpul melalui sukan permotoran antarabangsa dalam dunia nyata.

Prototaip Hypercar dan GTP realiti generasi terkini bagi Le Mans, FIA World Endurance Championship dan IMSA WeatherTech SportsCar Championship semuanya menggunakan tayar Michelin yang dibangunkan 100 peratus dalam bentuk maya menggunakan simulator.

Sebagai perniagaan yang berasaskan data, Michelin Group juga telah melabur dalam teknologi-teknologi simulasi yang paling inovatif lagi canggih bagi aneka produknya, yakni bersama rakan-rakan pengusaha automobilnya sementara mereka sendiri giat membangunkan model-model baharu.

Filem ini memberikan Michelin peluang untuk menyeranta dengan lebih ramai peminat tanpa mengira generasi, termasuk bukan peminat bagi mempromosikan jenama ini dan menonjolkan kecanggihan teknologinya dalam dunia maya.

Untuk maklumat lanjut layari https://www.michelin.com.my/gran-turismo-movie.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply